Kelas INTEL : Mencipta Buku Alamat
18 Januari 2016 | Aktiviti Terkini
Ahad, 17 Januari 2016 – Kelas INTEL Mencipta Buku Alamat telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 17 Januari yang lalu. Ianya dihadiri oleh 4 orang peserta yang berusia dari 10 hingga ke 13 tahun.
Di dalam kelas ini, peserta telah diajar untuk membuat buku alamat dengan menggunakan MS Excel berpandukan Modul INTEL : Learn Easy Steps. Modul INTEL ini amat sesuai untuk peserta kerana ianya mempunyai garis panduan dan pengajaran langkah demi langkah.
Selesai belajar mencipta buku alamat ini, peserta diajar pula tentang PC Hardware Cleaning & Maintenance, pelajar diterangkan tentang cara membersih dan menjaga komputer dengan betul, turut diajar ialah mengenai komponen webcam, iaitu cara ianya berfungsi dan cara menjaganya agar bersih dan paparan gambar sentiasa jelas.
Selain itu pelajar juga dibawa melayari laman web abcya.com bagi membuat latihan interaktif di dalam permainan yang bersifat pendidikan, serta laman web klikdenganbijak.my bagi menjadikan peserta lebih memahami kempen Klik Dengan Bijak yang sentiasa dijalankan oleh PI. Kelas selama 2 jam ini berakhir pada pukul 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: