Kelas INTEL : Membuat Jadual Waktu
11 Januari 2016 | Aktiviti Terkini
Ahad, 10 Januari 2016 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan kelas pertama bagi tahun 2016 iaitu Kelas INTEL : Membuat Jadual Waktu. Kelas ini dihadiri oleh seramai 6 orang peserta dan telah diadakan di Bilik Latihan PI Linggi dari jam 9 hingga ke 11 pagi.
Selain belajar untuk membuat jadual waktu dengan menggunakan Excel, peserta juga sempat bermain permainan KDB Action Kamen, selepas itu peserta turut diterangkan dengan pengajaran yang dapat mereka perolehi daripada permainan ini yang mempunyai hubung kait dengan Kempen Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: