Program Anak-anak Celik IT Kampung Barisan – Minggu Kedua
25 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 24 Oktober 2015 - Lanjutan dari kerjasama antara Pusat Ekonomi Digital dengan JKKK Kampung Barisan dalam mengadakan Program Anak-anak Celik IT yang bermula minggu lalu, satu lagi kelas telah diadakan pada minggu ini. Kali ini, peserta diajar menggunakan Modul INTEL (Learn Easy Step). Topik yang diajar ialah Pengenalan Tentang Multi-Media Dan Cara Mencari, Melayari Dan Memuat Turun Dari Internet. Kelas diadakan dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan kemudian disambung pula dengan Kelas Klik Dengan Bijak selama 1 jam sehingga ke pukul 1.00 petang. Jika dibandingkan, jumlah kedatangan peserta minggu ini dilihat meningkat satu kali ganda iaitu 12 orang berbanding 6 orang pada minggu lepas, peserta yang baharu datang pada minggu ini mengatakan bahawa mereka tertarik apabila mendengar bahawa kelas yang diadakan pada minggu lepas amat menarik dan menyeronokkan. Ini kerana, selain dari belajar tentang ICT, tenaga pengajar iaitu Puan Yusaini Md Yusoff turut menyelitkan permainan yang menarik di dalam kelas KDBnya, setiap permainan akan mempunyai pengajaran di mana ianya boleh dikaitkan dengan sikap Waspada, Tanggungjawab dan Keselamatan ketika melayari internet. Kelas seterusnya akan disambung lagi pada minggu hadapan pada hari dan waktu yang sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: