Orientasi bersama Pelajar E-Kelas 2016
31 Januari 2016 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 30 Januari 2016 – Bersempena dengan Tuisyen E-Kelas 2016 yang telah pun bermula sejak 18 Januari 2016 yang lalu, Maxis sebagai penajanya telah mengadakan satu program orientasi bersama-sama pelajar yang terlibat.
Program yang telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Linggi ini disertai oleh 44 orang peserta dari kalangan pelajar tingkatan 1, 2 & 3 dan seramai 4 orang sukarelawan dari Maxis pula bertindak sebagai urusetia.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang apa itu e-Kelas memandangkan ini adalah kali pertama program seperti ini diadakan di sini, selain itu ianya juga turut memberi pendedahan kepada pelajar dan ibu bapa tentang aktiviti menarik dan berfaedah yang terdapat di PI.
Melalui orientasi ini juga, pelajar diterangkan tentang peraturan yang harus mereka ikuti sepanjang mengikuti tuisyen e-Kelas ini. Apa yang menarik, beberapa orang 'Cool Agent-Class Room Heroes' juga turut dipilih dari setiap tingkatan untuk membantu petugas PI bagi memastikan kelas tuisyen e-Kelas ini akan sentiasa berjalan dengan lancar dan mampu menarik minat para pelajar untuk terus belajar di PI Linggi ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: