Majlis Suai Kenal eKelas 2017
25 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniJumaat, 24 Februari 2017 – Satu majlis ramah mesra dan suai kenal telah diadakan di PI Linggi sempena dengan permulaan eKelas 2017. Majlis yang dihadiri oleh ibu bapa, pelajar dan wakil dari pihak Maxis ini bertujuan untuk memperkenalkan eKelas kepada ibu bapa dan pelajar khususnya.
Turut hadir ialah Puan Adelle Gregory, Ketua Bahagian Perkhidmatan Digital dari Maxis Berhad. Puan Adelle turut menyampaikan ucapan dan motivasi kepada pelajar bagi menyuntik semangat mereka. Antara intipati ucapannya, beliau menasihatkan pelajar untuk merebut peluang yang ada seperti tuisyen online percuma yang ditaja oleh Maxis ini dan belajar bersungguh-sungguh. Beliau turut berkongsi pengalamannya sendiri tentang bagaimana beliau memajukan diri sendiri sehinggalah berjaya menjawat jawatannya sekarang.
Sesi yang dihadiri oleh seramai 35 orang peserta ini bermula pada jam 2.30 petang dan tamat pada jam 5.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: