17 November 2019 | Aktiviti Terkini
16 November 2019 – Live Tutorial eKelas pada bulan ini menerima kehadiran yang agak rendah berbanding sebelum ini memandangkan sudah menghampiri musim cuti sekolah akhir tahun, pelajar tingkatan 5 yang sedang menghadapi peperiksaan SPM pula turut mempunyai kelas-kelas tambahan di sekolah...........baca seterusnya
16 November 2019 | Aktiviti Terkini
15 November 2019 – PI Linggi dengan kerjasama PI Batang Melaka telah mengadakan Program Advokasi di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan penggunaan internet dan media sosial tanpa kawalan...........baca seterusnya
12 November 2019 | Aktiviti Terkini
11 November 2019 – PI Linggi dengan kerjasama PI Kota Pekan dan PI Batang Melaka telah dijemput untuk mengadakan Program Advokasi Pasca PT-3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Haji Adnan, Rembau, Negeri Sembilan. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan penggunaan internet dan media sosial tanpa kawalan...........baca seterusnya
26 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
25 Oktober 2019 – PI Linggi dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kampung Pengkalan Durian telah menganjurkan Kelas Kufi Khat Ms Excel Semarak Jawi. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dunia ICT dikalangan murid-murid sekolah rendah. Di dalam kelas ini, para peserta akan diajar cara-cara menggunakan Microsoft Excel untuk menghasilkan tulisan khat kufi. Kelas dijalankan selama 1 jam 30 minit..........baca seterusnya
23 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
22 Oktober 2019 – Bertempat di Perpustakaan Desa Kampung Pengkalan Durian, Pi Linggi telah mengadakan Advokasi Online Grooming kepada 40 Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Muhammad Yusof dan juga ibubapa yang hadir. Taklimat diadakan selama 1 jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi dimana kami memberi penerangan kepada peserta yang hadir tentang bagaimana proses online grooming diadakan dan bahaya yang akan terjadi sekiranya mereka terjebak didalamnya..........baca seterusnya
20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
19 Oktober 2019 – Live Tutorial eKelas pada minggu ketiga bulan Oktober, kehadiran adalah seramai 23 orang. Jadual kelas adalah seperti biasa untuk Tahun 6, Tingkatan 1,2,3,4 & 5. Pada minggu ini, bagi pelajar darjah 6 dan tingkatan 3 mereka diberikan permainan uji minda sementara bagi kelas-kelas yang lain mereka diadakan kelas tuisyen live seperti biasa.........baca seterusnya
19 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
18 Oktober 2019 – Selain dari kelas-kelas formal yang diadakan di PI Linggi, PI Linggi turut sering menerima permintaan untuk kelas-kelas persendirian atau bantuan tunjuk ajar dari komuniti di sini. Pada hari ini, kami dikunjungi oleh seorang pelajar iaitu Muhammad Alif bin Md Nasir yang meminta tunjuk ajar tentang cara installation Adobe Illustrator........baca seterusnya
14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
13 Oktober 2019 – Satu kursus khas telah diadakan oleh PI Linggi iaitu Kursus Asas Rekabentuk Grafik T-Shirt. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta asas rekaan grafik digital, mengkhususkan kepada rekaan grafik t-shirt. Antara perisian yang digunakan di dalam kursus ini ialah Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator........baca seterusnya
13 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
12 Oktober 2019 – Live Tutorial eKelas pada minggu pertama bulan Oktober, kehadiran adalah seramai 31 orang. Jadual kelas adalah seperti biasa untuk Tahun 6, Tingkatan 1,2,4 & 5 kecuali tiada kelas bagi Tingkatan 3. Seperti minggu lepas, pelajar masih diberikan ulangkaji pecutan menjelang peperiksaan menggunakan soalan berformat peperiksaan........baca seterusnya
7 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
6 Oktober 2019 – Kursus Asas Penternakan Lebah Siri ke-3 telah dijalankan di Pusat Internet Linggi dengan kerjasama Honey Fera Enterprise dan Carambola Bee Farm. Seramai 3 orang peserta yang merupakan bakal pengusaha penternakan madu lebah telah menyertai kelas ini yang bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.......baca seterusnya
6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
5 Oktober 2019 – Memandangkan tuisyen ekelas bagi Tingkatan 3 dikecualikan pada minggu ini, maka Penolong Pengurus Pi Linggi mengambil peluang ini untuk menggunakan masa yang ada bagi menyampaikan taklimat advokasi bertajuk ‘Online Grooming’. Taklimat diadakan selama 1 jam dan memberi penerangan kepada peserta yang hadir seramai 9 orang......baca seterusnya
6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
5 Oktober 2019 – Live Tutorial eKelas pada minggu pertama bulan Oktober, kehadiran adalah seramai 31 orang. Jadual kelas adalah seperti biasa untuk Tahun 6, Tingkatan 1,2,4 & 5 kecuali tiada kelas bagi Tingkatan 3. Pada minggu ini, pelajar diberikan ulangkaji pecutan menjelang peperiksaan menggunakan soalan berformat peperiksaan......baca seterusnya
5 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
4 Oktober 2019 – Selain dari kelas-kelas formal yang diadakan di PI Linggi, PI Linggi turut sering menerima permintaan untuk kelas-kelas persendirian atau bantuan tunjuk ajar dari komuniti di sini. Pada hari ini, kami dikunjungi oleh seorang suri rumah iaitu Puan Noriah Binti Ghani yang meminta tunjuk ajar tentang cara mendaftar akaun Astro di laman web astro.com.my.....baca seterusnya
5 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini
4 Oktober 2019 – Perpustakaan Desa Kg. Pengkalan Durian telah menjemput PI Linggi untuk membuat pengisian di dalam aktiviti mingguan mereka pada 4 Oktober yang lalu. Memandangkan aktiviti yang diadakan untuk peserta dari golongan ibu-bapa, maka Pengurus PI Linggi Encik Aiman Mudzafar telah menyampaikan Advokasi bertajuk Parental Control kepada mereka..........baca seterusnya
26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini
25 Ogos 2019 – Pusat Internet Linggi telah mengadakan Bengkel Asas Laman Web HTML5 Siri ke-2 yang bertempat di bilik Latihan Pusat Internet Linggi pada 25 Ogos 2019. Seramai 8 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai bengkel ini dan menunjukkan peningkatan dari siri pertama yang hanya 3 peserta sahaja.........baca seterusnya
26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini
25 Ogos 2019 – Pusat Internet Linggi telah mengadakan aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan yang bertempat di bilik Latihan Pusat Internet Linggi pada 25 Ogos 2019. Seramai 20 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai sambutan ini. Aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan ini bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 1.00 petang........baca seterusnya
25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini
24 Ogos 2019 – Live Tutorial eKelas pada minggu keempat bulan Ogos mencatatkan seramai 31 orang kehadiran sahaja bagi kedua-dua hari Jumaat dan Sabtu. Kehadiran agak kurang atas faktor banyak kelas tambahan diadakan di sekolah memandangkan hari peperiksaan sudah makin hampir. Bagi pelajar darjah 6 pula mereka menghadiri sekolah ganti pada hari Sabtu........baca seterusnya
17 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini
16 Ogos 2019 – Kelas Powerpoint Tokoh Kemerdekaan telah diadakan di Perpustakaan Desa Pengkalan Durian. PI Linggi telah dijemput untuk mengajar peserta membuat poster mengenai tokoh-tokoh kemerdekaan negara Malaysia menggunakan powerpoint sempena minggu sambutan bulan kemerdekaan yang diadakan di perpustakaan tersebut.......baca seterusnya
29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini
28 Julai 2019 – Pusat Internet Linggi telah mengadakan Bengkel Asas Laman Web HTML5 yang bertempat di bilik Latihan Pusat Internet Linggi pada 28 Julai 2019. Seramai 3 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah.......baca seterusnya
26 Mei 2019 | Aktiviti Terkini
25 Mei 2019 – Sempena dengan penangguhan perlaksanaan Misi Digital Raya Bersama eKelas – Misi 3 (Menghias PI bertemakan Hari Raya) pada minggu lepas, maka pada minggu ini, beberapa orang pelajar telah datang untuk menyiapkan tugasan tersebut. Walaupun kehadiran hanya seramai 5 orang sahaja, namun begitu tugasan tersebut berjaya disiapkan sebelum tarikh tutup.......baca seterusnya
19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini
18 Mei 2019 – PI Linggi mengadakan Kelas Membuat Kad Ucapan Hari Raya dan dihadiri oleh seramai 6 orang peserta. Kelas diadakan selama 2 jam dari jam 12 tengahari hingga ke jam 2.00 petang. Peserta diajar untuk mencari open source iaitu lama web yang menyediakan template graphic design secara percuma di internet. Antara yang diteroka ialah, Canva, Crello & Greetings Island.......baca seterusnya
12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini
11 Mei 2019 – Taklimat Advokasi selama 1 jam bermula jam 12 tengahari hingga jam 1 petang dan dihadiri oleh seramai 14 orang pelajar. Taklimat ini disampaikan oleh Penolong Pengurus Pusat Internet Linggi iaitu Puan Norhapidah Mokhtar. Peserta didedahkan kepada ancaman bahaya yang terdapat di internet sekiranya mereka tidak berhati-hati.......baca seterusnya
12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini
11 Mei 2019 – Bersempena dengan Bulan Ramadhan dan minggu peperiksaan di sekolah-sekolah, Live Tutorial eKelas pada minggu kedua bulan Mei telah ditangguhkan buat sementara waktu. Namun begitu, Maxis eKelas telah mengadakan satu aktiviti iaitu Misi Digital Raya Bersama eKelas. Taklimat bagi misi ini disampaikan secara lansung (Live Video)......baca seterusnya
5 Mei 2019 | Aktiviti Terkini
4 Mei 2019 – Live Tutorial eKelas pada minggu pertama bulan Mei mencatat 50 kehadiran bagi 10 jam pembelajaran bagi kedua-dua hari Jumaat dan Sabtu (3 & 4 Mei 2019). Minggu ini adalah masih minggu ulangkaji sebagai persediaan sebelum peperiksaan penggal pertama. Antara topik ulangkaji pada minggu ini ialah.......baca seterusnya
15 April 2019 | Aktiviti Terkini
14 April 2019 – Pada tarikh ini, PI Linggi telah mengadakan Kelas Powerpoint-Karakter Kartun yang diajar oleh Penolong Pengurus iaitu Puan Norhapidah. Ianya dihadiri oleh seramai 7 orang peserta. Kelas bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari. Peserta telah diajar cara mereka bentuk karakter kartun hanya dengan menggunakan shape.......baca seterusnya
13 April 2019 | Aktiviti Terkini
13 April 2019 – Live Tutorial eKelas pada minggu kedua bulan April mencatat 46 kehadiran bagi 10 jam pembelajaran bagi kedua-dua hari Jumaat dan Sabtu. Pada hari Jumaat 12 April 2019, di dalam subjek Bahasa Inggeris kesemua peserta dari Darjah 6 hingga Tingkatan 5 diajar tentang full script read-through & characterization.......baca seterusnya
6 April 2019 | Aktiviti Terkini
6 April 2019 – Live Tutorial eKelas pada minggu pertama bulan April mencatatkan seramai 61 kehadiran bagi 10 jam pembelajaran bagi kedua-dua hari Jumaat dan Sabtu. Pada hari Jumaat 5 April 2019, di dalam subjek Bahasa Inggeris kesemua peserta dari Darjah 6 hingga Tingkatan 5 diajar tentang Choosing your roles or characters intonation practices.......baca seterusnya
15 Mac 2019 | Aktiviti Terkini
14 Mac 2019 – Bulan ini boleh dikatakan bulan yang agak sibuk bagi Pusat Internet Linggi memandangkan ramai yang datang untuk mendaftar atau membuat kemaskini online bagi Bantuan Sara Hidup 2019. Untuk makluman, tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini BSH 2019 adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.......baca seterusnya
10 Februari 2019 | Aktiviti Terkini
9 Februari 2019 – PI Linggi telah mengadakan satu program untuk pelajar-pelajar sekolah yang diberi nama Advocacy Explorace dan diadakan selama 4 jam dari pukul 9 pagi hingga lah ke pukul 1 tengahari. Program ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan misi kempen Klik Dengan Bijak iaitu mendidik masyarakat supaya menjadi warga digital yang berliterasi dan bertanggungjawab serta menggalakkan penggunaan internet secara berhemah.......baca seterusnya
7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
6 Januari 2019 – Pada hari Ahad yang lalu dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari, PI Linggi telah mengadakan Kelas Membuat Resume. Ianya terbuka kepada golongan dewasa dan pelajar sekolah menengah. Namun, PI turut mengalu-alukan pelajar sekolah rendah yang ingin datang kerana selain belajar mengenai resume, kelas ini juga dapat mengasah kemahiran peserta di dalam menggunakan Words........baca seterusnya
5 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
4 Januari 2019 – Sempena sesi persekolahan 2019 yang baru dibuka awal minggu ini, PI Linggi telah mengadakan ‘Program Kembali Ke Sekolah 2019’ pada hari Jumaat 4 Januari 2019 dari jam 3-6 petang. Tenaga pengajarnya ialah kedua-dua Pengurus dan Penolong Pengurus PI Linggi sendiri iaitu Puan Yusaini (Pengurus) dan Puan Norhapidah (Penolong Pengurus).......baca seterusnya
16 Disember 2018| Aktiviti Terkini
15 Disember 2018 – Pada jam 2.30 petang hingga ke 5.30 petang, Pengurus PI Linggi iaitu Puan Yusaini Md Yusof telah memberikan penerangan dan latihan (TTT-Train The Trainer) kepada Penolong Pengurus PI Linggi dan Sukarelawan PI seramai 2 orang.......baca seterusnya
10 Disember 2018| Aktiviti Terkini
9 Disember 2018 – Program Cuti Sekolah Disember (4) di PI Linggi. Untuk minggu ini, peserta diajar mengenai eLearning di laman web https://www.hidden247.com dan membuat aktiviti seperti mencari abjad, nombor dan benda yang tersembunyi.......baca seterusnya
2 Disember 2018| Aktiviti Terkini
2 Disember 2018 – Hari ini adalah hari yang ke dua bagi Program cuti2 Sekolah Disember di PI Linggi. Kelas pada hari ini dihadiri oleh seramai 9 orang peserta yang berusia dalam lingkungan umur 7-12 tahun.Kelas bermula pada jam 9.00 pagi dengan segmen ‘Belajar membuat topeng menggunakan powerpoint’.......baca seterusnya
2 Disember 2018| Aktiviti Terkini
1 Disember 2018 – Bersempena dengan cuti sekolah akhir penggal pada tahun ini, PI Linggi telah merancang pelbagai kelas ICT yang menarik bagi mengisi masa lapang pelajar-pelajar di sini. Kelas yang pertama diadakan pada hari Sabtu, 1 Disember 2018 dari jam 9.00 pagi hingga ke jam 1.00 tengahari.......baca seterusnya
8 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini
7 Oktober 2018 – Kelas Photoshop telah diadakan sekali lagi di PI Linggi memandangkan sambutan yang baik daripada pelajar yang ingin belajar lebih lanjut lagi tentang perisian ini. Memandangkan kebanyakan peserta yang datang adalah peserta yang sama, maka mereka diajar lanjutan tentang cara menyunting gambar dengan menggunakan pelbagai....baca seterusnya
26 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini
25 Ogos 2018 – Program Hari Terbuka Pusat Internet Linggi adalah merupakan program tahunan yang diadakan untuk menghargai sokongan komuniti kepada PI Linggi. Ianya telah diadakan pada 25 Ogos yang lalu bersamaan hari Sabtu dari jam 9 pagi hingga ke jam 2 petang............baca seterusnya
16 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini
15 Ogos 2018 – PI Linggi telah bekerjasama dengan MDEC dengan mengadakan Program eUsahawan bertempat di PI Linggi. Ianya dihadiri oleh seramai 28 orang peserta dari Giat Mara Telok Kemang, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau..........baca seterusnya
13 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini
12 Ogos 2018 – Seperti yang telah dijadulakan, setiap hari Ahad sepanjang bulan Ogos ini dari jam 10 pagi hingga ke jam 1 tengahari, PI Linggi akan mengadakan program yang diberi nama Program ICT Ibu & Anak............baca seterusnya
08 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini
7 Ogos 2018 – PI Linggi telah merangka pelbagai program yang menarik sepanjang bulan Ogos ini, antaranya ialah Program ICT Bersama Pelatih PPDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) Cawangan Pengkalan Durian. Program ini akan diadakan pada setiap hari Selasa dari jam 10 pagi hingga ke 12 tengahari. Untuk kelas minggu ini, Puan Yusaini Md Yusof............baca seterusnya
06 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini
5 Ogos 2018 – Pada setiap hari Ahad sepanjang bulan Ogos ini, PI Linggi akan mengadakan satu program yang diberi nama Program ICT Ibu & Anak. Ianya bertujuan untuk menarik golongan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil untuk datang belajar tanpa perlu risau memikirkan anak-anak mereka, kerana pada masa yang sama anak mereka akan turut belajar melalui modul lain yang bersesuian dengan kanak-kanak............baca seterusnya
16 Julai 2018 | Aktiviti Terkini
15 Julai 2018 – Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, PI Linggi telah mengadakan satu majlis untuk meraikan kemeriahan hari raya bersama-sama ahli-ahli PI Linggi. Majlis tersebut telah diadakan pada hari Ahad 15 Julai 2018.............baca seterusnya
07 Mei 2018 | Aktiviti Terkini
6 Mei 2018 – Pusat Internet 1 Malaysia Linggi telah bekerjasama dengan Majlis Belia Port Dickson (Biro Wanita) mengadakan satu kelas untuk golongan wanita iaitu Kelas Kecantikan & Keusahawanan bersama Mary Kay. Seramai 11 orang peserta telah hadir pada kelas ini yang diadakan di PI Linggi sendiri bermula dari jam 2.00 hingga 5.00 petang..............baca seterusnya
23 April 2018 | Aktiviti Terkini
22 April 2018 – Pada Mac yang lalu, PI Linggi telah mengadakan Program Usahawan Muda yang terbuka kepada pelajar sekolah terutamanya pelajar sekolah menengah tentang cara mencari pendapatan sampingan melalui hobi dan kreativiti. Di dalam siri program yang pertama tersebut, peserta diajar cara membuat ‘Chocolate Bouquets’.............baca seterusnya
02 April 2018 | Aktiviti Terkini
1 April 2018 – Pusat Internet Kluster Port Dickson dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Port Dickson telah menganjurkan satu program bertajuk ‘Jom Bina Kerjaya – One Step Forward’ yang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Port Dickson pada 1 April 2018 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.............baca seterusnya
27 Mac 2018 | Aktiviti Terkini
26 Mac 2018 – Kelas Video Sony Vegas Siri ke-2 telah diadakan di Pusat Internet Linggi pada 26 Mac 2018 yang lalu bermula dari jam 8.00 hingga ke 11.00 malam. Kelas ini adalah kesinambungan daripada kelas yang pertama yang diadakan pada 22Mac yang lalu. Masih mengekalkan peserta yang sama iaitu seramai 10 orang AJK-AJK Biro IT DUN Linggi,............baca seterusnya
23 Mac 2018 | Aktiviti Terkini
22 Mac 2018 – Satu kelas membuat video menggunakan aplikasi ‘Sony Vegas’ telah diadakan di Pusat Internet Linggi pada 22 Mac 2018. Kelas ini adalah hasil kolaborasi PI Linggi bersama Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Linggi bertujuan untuk mengajar AJK Biro IT DUN Linggi tentang cara-cara membuat video yang menarik.............baca seterusnya
18 Mac 2018 | Aktiviti Terkini
17 Mac 2018 – Pada 17 Mac 2018 yang lalu, Pusat Internet Linggi telah mengadakan aktiviti yang diberi nama Program Usahawan Muda. Ianya adalah terbuka kepada peserta yang berumur 12 tahun dan ke atas. Antara objektif program ini ialah, mendedahkan mereka tentang keusahawanan, memberi latihan ICT, mencungkil kreativiti dan memupuk semangat kerjasama dalam pasukan............baca seterusnya
04 Mac 2018 | Aktiviti Terkini
03 Mac 2018 – Bertempat di Pusat Internet Linggi, Maxis eKelas telah mengadakan satu sesi penilaian yang diberi nama Cabaran Gemilang eKelas 2018-Siri 1 pada hari Jumaat dan Sabtu (2 & 3 Mac 2018). Penilaian ini adalah sangat penting kerana melalui penilaian inilah tahap pengetahuan pelajar-pelajar eKelas pada dapat diketahui...........baca seterusnya
01 Mac 2018 | Aktiviti Terkini
28 Februari 2018 – Program Maxis eKelas adalah satu inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar dalam komuniti luar bandar. Ianya menumpukan 3 subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan terbuka kepada pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 sahaja...........baca seterusnya
17 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
16 Februari 2018 – Kelas Membuat Poster Infografik bersama AJK Biro IT DUN Linggi telah diadakan sekali lagi untuk kumpulan yang kedua pula. Kali ini, kelas telah diadakan pada sebelah malam bagi memenuhi permintaan peserta yang tidak dapat hadir di siang hari..........baca seterusnya
11 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
10 Februari 2018 – Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMC) telah menganjurkan Karnival Sebenarnya.my di perkarangan Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson pada 10 Februari 2018 yang lalu........baca seterusnya
28 Januari 2018 | Aktiviti Terkini
27 Januari 2018 – Bagi menggalak dan menyokong usahawan dalam mempromosikan perniagaan mereka, PI Linggi telah membuka peluang kepada rakan-rakan usahawan untuk membuat jualan lansung .........baca seterusnya
14 Januari 2018 | Aktiviti Terkini
13 Januari 2018 – Pada hari Sabtu 13 Januari 2018 yang lalu, PI Linggi telah mengadakan satu program yang diberi nama ‘Program Kembali Ke Sekolah’ dan ianya terbuka kepada semua pelajar samada dari sekolah rendah mahupun menengah..........baca seterusnya
03 Disember 2017 | Aktiviti Terkini
2 Disember 2017–Permohonan dan kemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuktahun 2018 mula dibuka kepada rakyat Malaysia dari 27 November hingga ke 31 Disember 2017. Sempena dengan itu, PI Linggi mengambil inisiatif untuk membantu penduduk sekitar Linggi dengan membuka Kaunter Khas Kemaskini BR1M secara online.an...........baca seterusnya
26 November 2017 | Aktiviti Terkini
25 November 2017 – PI Linggi sekali lagi menjemput Rakan Usahawan PI untuk membuat jualan lansung di PI Linggi memandangkan sambutan hangat dan permintaan yang tinggi daripada penduduk sekitar Linggi pada program serupa yang pernah diadakan 2 minggu yang lepas. Program ini adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada usahawan - usahawan...........baca seterusnya
24 November 2017 | Aktiviti Terkini
23 November 2017 –Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada AJK Masjid Kariah Linggi telah dijemput untuk hadir bagi mempelajari cara membuat isi kandungan tv interaktif yang akan ditayangkan di masjid itunanti. Sambil dibantu oleh petugas PI, mereka telah diajar oleh Encik Muhammad Aziz Bin Sulaiman dari Kedai Jam AjitSdn. Bhd. ............baca seterusnya
19 November 2017 | Aktiviti Terkini
18 November 2017 – Pada 18 November 2017 bersamaan hari Sabtu yang lalu, PI Linggi telah terlibat di dalam menjayakan Program Mesra Rakyat MPPD 2017 bertempat di Padang Futsal Kampung Linggi.PI Linggi bersama-sama dengan beberapa agensi yang lain seperti KOSPEN, JKM, MPPD dan Sekolah Linggi telah dijemput untuk membuka booth atau kaunter bergerak di sepanjang program tersebut yang berlansung dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari............baca seterusnya
13 November 2017 | Aktiviti Terkini
12 November 2017 – Unit Pengurusan Teknologi Maklumat Pejabat SUK Negeri Sembilan telah menaja satu program bagi membantu usahawan PI Linggi dalam membantu mereka menambah pendapatan melalui media sosial. Program yang diberi nama ‘Program Pembudayaan ICT Komuniti Luar Bandar’ ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu dari 11-12 November yang lalu dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang...........baca seterusnya
02 November 2017 | Aktiviti Terkini
1 November 2017 – Lembaga Tabung Haji Port Dickson telah mengadakan perkhidmatan Mobile Kaunter di PI Linggi pada 1 November yang lepas daripada pukul 9.30 pagi hingga ke 5.30 petang. Kaunter ini dibuka atas inisiatif PI untuk membantu memudahkan penduduk sekitar Linggi melakukan urusan tabung haji mereka...........baca seterusnya
01 November 2017 | Aktiviti Terkini
Selasa, 31 Oktober 2017 – Program Maxis eKelas adalah satu inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar dalam komuniti luar bandar. Ianya menumpukan 3 subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan terbuka kepada pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 sahaja..........baca seterusnya
28 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini
27 Oktober 2017 – Pusat Internet Linggi dan Pusat Khidmat Masayarakat DUN Linggi telah bekerjasama mengadakan Kelas Belajar Microsoft Word & Excel untuk Beliawanis di kawasan Linggi ini. Kelas ini akan diadakan selama 4 hari iaitu pada tarikh 27, 28, 31 Oktober dan 3 November 2017.........baca seterusnya
15 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini
14 Oktober 2017 – Baru-baru ini, sempena berlansungnya PI Maxis Conference 2017 di Hotel Bayu Beach Resort Port Dickson, turut diadakan Malam Anugerah bagi mengiktiraf pencapaian PI-PI terbaik di seluruh Malaysia. PI Linggi telah berjaya merangkul 2 anugerah tertinggi iaitu PI Terbaik dan Pengurus PI Linggi iaitu Puan Yusaini Md Yusof telah memenangi anugerah Pengurus PI Terbaik.........baca seterusnya
14 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini
13 Oktober 2017 – Pada 9 hingga 13 Oktober, telah berlansungnya Perhimpunan Tahunan PI (Maxis) 2017 ataupun PI Maxis Conference 2017. Program ini menghimpunkan kesemua Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet yang berada di bawah kelolaan syarikat telekomunisasi Maxis. Perhimpunan selama 5 hari ini telah diadakan di Hotel Bayu Beach Resort, Port Dickson.........baca seterusnya
09 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini
Ahad, 8 Oktober 2017 – PI Linggi telah menyertai Program Cinta Negara Peringkat Daerah Port Dickson 2017 yang bertempat di Perkampungan Orang Asli Kampung Pelebar Baru Port Dickson. Program yang bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara kita Malaysia ini telah dirasmikan oleh YB Dato’Haji Abdul Rahman Bin Mohd Redza (ADUN Linggi)........baca seterusnya
01 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 30 September 2017 – Program Maxis eKelas adalah satu inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar dalam komuniti luar bandar. Ianya menumpukan 3 subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan terbuka kepada pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 sahaja. .........baca seterusnya
30 September 2017 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 29 September 2017 – Pada minggu ini, pelajar yang mengikuti tuisyen digital eKelas telah diberikan ujian bagi menilai tahap pencapaian mereka. Bentuk penilaian adalah mengikut subjek di mana pada hari ini penilaian subjek Bahasa Inggeris diberikan dalam bentuk penulisan..........baca seterusnya
1 September 2017 | Aktiviti Terkini
Isnin, 31 Ogos 2017 – Program Maxis eKelas adalah satu inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar dalam komuniti luar bandar. .........baca seterusnya
29 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini
Isnin, 28 Ogos 2017 - Kesinambungan daripada Program Cuti Sekolah di PI Linggi yang telah bermula pada 27 Ogos 2017. Pada hari kedua, seramai 5 orang peserta telah hadir ke program ini yang memakan masa 2 jam.........baca seterusnya
28 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini
Ahad, 27 Ogos 2017 – Pada musim cuti sekolah ini, PI Linggi telah mengadakan Program Cuti Sekolah selama 4 hari dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Ianya bertujuan untuk mengajak pelajar untuk mengisi masa lapang.......baca seterusnya
27 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 26 Ogos 2017 – Bagi tujuan menerapkan semangat patriotisme dan cintakan negara kita Malaysia disamping memanfaatkan kemudahan ICT yang ada di Pusat Internet, Sambutan Hari Kemerdekaan 2017..........baca seterusnya
21 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini
Ahad, 20 Ogos 2017 – Bertempat di Komplek Kejiranan Presint 11 Putrajaya, Maxis telah mengadakan Karnival eKelas dan menjemput pelajar eKelas dari PI Wilayah Tengah serta ibu bapa mereka sebagai tetamu. ........baca seterusnya
1 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini
Isnin, 31 Julai 2017 – Program Maxis eKelas adalah satu inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar dalam komuniti luar bandar. .........baca seterusnya
30 Julai 2017 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 29 Julai 2017 – Pada minggu ini, pelajar eKelas PI Linggi telah menerima kehadiran Tutor Mom mereka iaitu Puang Elina Wong Abdullah, Head of Learning and Development Department daripada Maxis..........baca seterusnya
21 Mei 2017 | Aktiviti Terkini
Sabtu 20 Mei 2017 – Pada 20 Mei yang lalu, para pelajar eKelas di PI Linggi amat bertuah kerana sekali lagi menerima kunjungan Puan Adelle Gregory, Ketua Bahagian Perkhidmatan Digital Maxis Berhad............baca seterusnya
22 April 2017 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 21 April 2017 – Bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan mengitar semula, PI Linggi telah mengadakan satu program advokasi iaitu memberi taklimat kepada pelajar-pelajar mengenai e-Waste (e-Sisa). ..........baca seterusnya
16 April 2017 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 15 April 2017 – Minggu ini, pelajar-pelajar Maxis eKelas telah diberikan ujian penilaian (eKelas Assessment) untuk mengukur tahap pemahaman dan memahami cara pembelajaran mereka, .......baca seterusnya
06 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Ahad, 5 Februari 2017 – Kelas INTEL yang pertama bagi tahun 2017 telah bermula pada minggu ini. Bagi kelas permulaan ini, Puan Yusaini Yusof (Pengurus PI Linggi) mengajar peserta tentang Pengenalan Kepada Ms Word..........baca seterusnya
21 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 20 Januari 2017 – Pada hari ini, Tuisyen Digital E-Kelas bagi tahun 2017 telah pun bermula. Sebelum itu, satu sesi pendaftaran dan taklimat telah diadakan di Bilik Latihan PI Linggi..........baca seterusnya
14 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 13 Januari 2017 – Satu kelas mengenai Netbook 1Malaysia telah diadakan di PI Linggi dan dihadiri oleh seramai 6 orang peserta. Peserta yang terdiri daripada pelajar berusia 12 hingga 13 tahun ini telah diajar bagaimana untuk ‘set up’ netbook sebelum menggunakannya buat kali pertama.........baca seterusnya
05 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Rabu, 4 Januari 2017 – PI Linggi telah bekerjasama dengan Pejabat ADUN dan masjid-masjid sekitar degan menjadikan PI sebagai penempatan sementara dan pusat pengagihan barangan keperluan asas bagi asnaf-asnaf yang tinggal di Mukim Linggi.........baca seterusnya
9 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 08 Oktober 2016 – Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Daerah Port Dickson telah disambut dengan begitu meriah sekali di Dataran Pekan Linggi. Majlis dirasmikan oleh ADUN Linggi iaitu YB Abdul Rahman Bin Mohd Redza.........baca seterusnya
17 September 2016 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 17 September 2016 – Sempena dengan Pertandingan Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016, iaitu pertandingan poster yang berbentuk dakwah, kami di PI Linggi telah mengadakan satu kelas membuat poster bagi mengajar ahli-ahli kami cara untuk membuat poster dan secara tidak lansung mengajak mereka menyertai pertandingan tersebut. ...baca seterusnya
21 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 20 Ogos 2016 – Sempena pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016 yang dianjurkan bersama oleh MCMC dan Kementerian Kesihatan Malaysia, PI Linggi telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Bengkel Video selama 1 hari bagi memberi galakan kepada ahli-ahli PI untuk menyertai pertandingan tersebut. ...baca seterusnya
20 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 19 Ogos 2016 – Satu bengkel video telah diadakan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI Linggi bertujuan untuk mengajar peserta yang juga Pengurus dari PI Lukut dan PI Kg. Paya bagi menyiapkan video Menarik Di PD sempena projek PI Kluster. ...baca seterusnya
8 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini
Ahad, 7 Ogos 2016 – Bengkel Aplikasi Lego Fasa 2 yang dianjurkan oleh MCMC Wilayah Tengah dan Rakan Usahasama Strategik telah diadakan di Kolej Komuniti Rembau, Negeri Sembilan. Bengkel selama 1 hari ini adalah kolaborasi PI-PI dari Negeri Sembilan. Matlamat program ini ialah Pelajari Sains, Kejuruteraan, Teknologi & Matematik (STEM) melalui bengkel selama 1 hari membangunkan aplikasi mudah alih dan perisian lego. ...baca seterusnya
24 Julai 2016 | Aktiviti Terkini
Sabtu,23 Julai 2016 – Sempena sambutan Hari Raya tahun ini, PI Linggi telah menganjurkan ‘Open House’ bagi meraikan dan menghargai ahli-ahli PI yang aktif. Majlis bermula daripukul 9.00 pagi hinggalah ke jam 1.00 tengahari dan dihadiri oleh seramai 50 orang ahli. ...baca seterusnya
14 Julai 2016 | Aktiviti Terkini
Rabu, 13 Julai 2016 – Kelas Zoom A (Pembelajaran Interaktif) bagi matapelajaran Bahasa Inggeris dan Sains untuk pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Linggi telah diadakan di Pusat Internet Linggi. ...baca seterusnya
22 Jun 2016 | Aktiviti Terkini
Selasa, 21 Jun 2016 – Kelas ini adalah lanjutan dari Program Open Learning yang telah diadakan di PI Linggi sejak 31 Mei yang lalu. Selain bertujuan untuk membuat susulan dan menambah bilangan pelajar yang berdaftar, kelas pada hari ini juga diadakan untuk memperkenalkan medium...baca seterusnya
15 Jun 2016 | Aktiviti Terkini
Selasa, 14 Jun 2016 – Pembelajaran Kadar Kendiri (Open Learning) telah diadakan sekali lagi di Pusat Internet Linggi selepas sesi yang pertamanya pada 31 Mei yang lalu. Kali ini, ianya bertujuan untuk menambah lagi bilangan pelajar yang berdaftar dengan program ini...... ...baca seterusnya
13 Jun 2016 | Aktiviti Terkini
Ahad, 12 Jun 2016 – Kelas terakhir bagi Program Cuti Sekolah kali ini ialah Kelas INTEL Membuat Lembaran Kerja menggunakan Ms Excel. Dihadiri oleh seramai 6 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas telah diadakan di Bilik Latihan PI Linggi bermula dari jam 3.00 hingga ke 4.30 petang...........baca seterusnya
01 Jun 2016 | Aktiviti Terkini
Selasa, 31 Mei 2016 – Satu sesi pengenalan kepada sistem Pembelajaran Kadar Kendiri (Open Learning) telah diadakan di Pusat Internet Linggi. Ianya diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti tuisyen e-Kelas yang dijalankan di sini sejak Januari yang lalu. . ...baca seterusnya
29 Mei 2016 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 28 Mei 2016 – Bengkel Aplikasi Robotic LEGO telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Komuniti Presint 9 Fasa 10 pada 28 Mei 2016 yang lalu. Bengkel ini merupakan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pusat Internet (PI) Putrajaya. ...baca seterusnya
10 April 2016 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 9 April 2016 – Program Anak Yatim Celik IT bagi minggu ini mengajar mengenai Pengenalan Sejarah Komputer, Membuat Muka Depan Buku Folio (Ms Word) dan Mereka Bentuk Menjadi Gambar Clipart (MS Power Point)....baca seterusnya
3 April 2016 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 2 April 2016 – Program Anak Yatim Celik IT bagi tahun 2016 telah pun bermula, seperti tahun-tahun lepas, anak-anak yatim yang terlibat adalah dari Persatuan Anak Yatim Telok Kemang. Tetapi pada tahun ni bagi memberi kemudahan kepada anak-anak yatim ini, Puan Yusaini Yusof iaitu Pengurus PI Linggi sendiri telah pergi ke kawasan mereka dan mengadakan kelas di sana....baca seterusnya
28 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
Ahad, 27 Mac 2016 – Sempena dengan perasmian Bangunan baru Tabika KEMAS Pengkalan Durian oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, PI Linggi telah dijemput untuk membuka booth di acara tersebut bagi membantu memeriahkan majlis disamping menyampaikan maklumat tentang PI kepada orang ramai...baca seterusnya
27 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 1 April 2016 – Selepas satu sesi kelas Zoom A Subjek Sains dijalankan di PI, bersama dengan cikgu Rafidah Binti Rahmat, jalinan kerjasama dan hubungan erat antara PI Linggi dan Sekolah Kebangsaan Linggi berterusan lagi dengan kali ini termaktubnya perjanjian di mana, pada setiap hari...baca seterusnya
27 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 26 Mac 2016 – Pada cuti hujung minggu ini, pelajar-pelajar sekolah yang datang ke Pusat Internet Linggi diajak menyertai Kelas E-Learning. Ini bagi membantu pelajar-pelajar ini agar tidak membuang masa melayari internet dengan perkara yang berfaedah..baca seterusnya
16 Mac 2016| Aktiviti Terkini
Selasa, 15 Mac 2016 – Sempena dengan cuti sekolah penggal pertama tahun ini, Maxis telah menganjurkan satu program Kem Cuti Sekolah "Fun-tastic Awesome" bersama pelajar-pelajar yang menyertai e-kelas di PI. Bagi melayakkan diri untuk menyertai kem ini, pelajar perlulah menyertai satu pertandingan menulis esei dengan tajuk ‘Mengapa saya harus dipilih menyertai Kem Cuti Sekolah "Fun-tastic Awesome".......baca seterusnya
6 Mac 2016| Aktiviti Terkini
Sabtu, 5 Mac 2016 – Bagi mengisi masa lapang pelajar pada hujung minggu, Pegurus Pusat Internet Linggi iaitu Puan Yusaini Md Yusof telah mengadakan kelas ulangkaji matematik menggunakan kaedah e-learning di tvokids.com......baca seterusnya
29 Februari 2016| Aktiviti Terkini
Pada 28 Februari yang lalu, satu kelas solekan dan usahawan telah dijalankan di Pusat Internet Linggi. Kelas yang dibimbing oleh Perunding Kecantikan dari Mary Kay ini dan diketuai oleh Cik Noraime Yaacob telah dihadiri oleh seramai 8 orang wanita yang berminat untuk menjadikan bidang kecantikan sebagai peluang kerjaya......baca seterusnya
22 Februari 2016| Aktiviti Terkini
PI Linggi telah mengadakan kelas e-learning baru-baru ini bertarikh 21 Februari 2016 pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Kelas dihadiri oleh seramai 4 orang peserta yang berumur diantara 9 hingga 13 tahun.......baca seterusnya
21 Februari 2016| Aktiviti Terkini
Pada 19 & 20 Februari yang lalu bersamaan hari Jumaat dan Sabtu, satu lagi perjumpaan antara Maxis CR Team dan pelajar E-Kelas telah diadakan di PI Linggi......baca seterusnya
31 Januari 2016| Aktiviti Terkini
Sabtu, 30 Januari 2016 – Bersempena dengan Tuisyen E-Kelas 2016 yang telah pun bermula sejak 18 Januari 2016 yang lalu, Maxis sebagai penajanya telah mengadakan satu program orientasi bersama-sama pelajar yang terlibat......baca seterusnya
11 Januari 2016| Aktiviti Terkini
Ahad, 10 Januari 2016 – Pusat Internet Linggi telah mengadakan kelas pertama bagi tahun 2016 iaitu Kelas INTEL : Membuat Jadual Waktu. Kelas ini dihadiri oleh seramai 6 orang peserta dan telah diadakan di Bilik Latihan PI Linggi dari jam 9 hingga ke 11 pagi.....baca seterusnya
20 Disember 2015 | Aktiviti Terkini
Pada hari Sabtu, 19 Disember 2015 yang lalu, bertempat di Eco-Venture Park Semenyih, buat julung kalinya, kesemua PI Maxis yang berada di Zon Wilayah Tengah (Central) telah bergabung untuk mengadakan satu acara yang diberi nama 'Karnival Gaya Hidup Digital'. ....baca seterusnya
6 Disember 2015 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 5 Disember 2015 – Setelah menyaksikan kejayaan Program Explorace KDB bersama anak-anak JKKK Linggi di Pusat Internet Linggi semalam (4 Disember 2015), hari ini, Pusat Internet Linggi telah dijemput pula untuk mengadakan satu lagi Program Explorace KDB di Karnival Sehati Sejiwa Kolej Komuniti Rembau. PI Linggi sangat berbesar hati kerana Kolej Komuniti Rembau berminat untuk menjadikan Explorace KDB ini sebagai salah satu aktiviti di karnival mereka dan menjemput Pengurus PI iaitu Puan Yusaini Md Yusof untuk menjadi fasilitator bagi aktiviti ini....baca seterusnya
5 Disember 2015 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 4 Disember 2015 - Pusat Internet dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Linggi telah bekerjasama di dalam satu program yang diberi nama 'Explorace KDB bersama anak-anak JKKK Linggi di Pusat Internet Linggi.Program ini adalah berkonsepkan pendidikan di dalam permainan, di mana setiap peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sebanyak lima jenis tugasan di checkpoint yang berbeza harus mereka siapkan, di mana setiap satu darinya harus dinilai dan diberi markah oleh urusetia....baca seterusnya
16 November 2015 | Aktiviti Terkini
Ahad, 15 November 2015 – Kelas Multimedia dan Powerpoint yang diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet 1Malayia ini telah dihadiri oleh 2 orang peserta yang berumur 8 dan 12 tahun. Mereka diajar tentang 5 elemen multimedia dan cara memuat turun ke dalam komputer. Tenaga pengajar iaitu Puan Yusaini Binti Mohd Yusof seterusnya mengajar peserta cara untuk membuat slaid Power Point dengan memasukkan kesemua elemen-elemen tersebut yang terdiri daripada audio, grafik, video, animasi dan teks ke dalam slaid....baca seterusnya
7 November 2015 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 6 November 2015 – Sempena dengan Konvokesyen Ke-18 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai Negeri Sembilan, Pusat Internet Linggi telah dijemput untuk turut serta memeriahkan dan menyertai booth di sana. Oleh itu, PI Linggi telah berkerjasama dengan beberapa orang usahawan yang terdapat di Linggi serta JKK Masjid Linggi untuk membuka booth 'Kenali Linggi'. Antara usahawan yang terlibat ialah Butik Batik Linggi yang menjual kraftangan dari batik lukisan tangan, Suzy Scarf yang menjual pelbagai jenis hijab, Persatuan Wanita Linggi menjual Sos Cili dan Usahawan Makanan yang menjual pelbagai kuih tradisional seperti Kuih Kesirat, Olen-Olen, Kuih Bakar dan banyak lagi....baca seterusnya
1 November 2015 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 31 Oktober 2015 – Minggu ini adalah minggu terakhir bagi Program Anak-anak Celik IT JKKK Kampung Barisan yang diadakan di PI Linggi. Antara yang diajar pada minggu ini ialah, sambungan daripada topik yang dipelajari minggu lepas iaitu Modul INTEL : Multi-Media Dan Cara Mencari, Melayari Dan Memuat Turun Dari Internet....baca seterusnya
25 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini
Sabtu, 24 Oktober 2015 - Lanjutan dari kerjasama antara Pusat Internet dengan JKKK Kampung Barisan dalam mengadakan Program Anak-anak Celik IT yang bermula minggu lalu, satu lagi kelas telah diadakan pada minggu ini. Kali ini, peserta diajar menggunakan Modul INTEL (Learn Easy Step). Topik yang diajar ialah Pengenalan Tentang Multi-Media Dan Cara Mencari, Melayari....baca seterusnya
23 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet telah menjalinkan satu kerjasama dengan JKKK Kampung Barisan dengan mengadakan satu program yang diberi nama Program Anak-anak Celik IT. Melalui perjanjian bersama Ketua Kampung dan Ibu Bapa di Kampung Barisan, mereka bersetuju untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas yang akan diadakan sepanjang program ini nanti. Program ini akan berlansung sepanjang bulan Oktober di mana kelas-kelas akan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 10.00 pagi hinggalah ke 1.00 tengahari....baca seterusnya
6 September 2015 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet Linggi telah mengadakan 'Jelajah KDB' sebagai salah satu inisiatif dalam menyampaikan dan memberi kesedaran kepada pengguna internet tentang Kempen Klik Dengan Bijak. Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)...baca seterusnya
5 September 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 4 September 2015 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Linggi bersama Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Linggi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Belia Mukim Linggi telah bekerjasama mengadakan Kursus Penyembelihan Halal Mengikut Syarak. Kursus yang dihadiri oleh ahli Belia Mukim Linggi ini telah diadakan selama 6 jam dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Teori & Praktikal...baca seterusnya
23 September 2015 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet bergabung dengan Perpustakaan Desa Kampung Pengkalan Durian bagi menjalankan satu program yang diberi nama 'Explorace KDB dan Hari Merdeka' pada 22 September 2015 yang lalu. Program ini berkonsepkan seperti rancangan tv realiti 'The Amazing Race' di mana setiap peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan harus menyiapkan beberapa tugasan untuk mendapatkan klu soalan seterusnya...baca seterusnya
5 September 2015 | Aktiviti Terkini
Program Masih Ada Sayang (MAS) untuk minggu yang kelima telah diadakan pada 4 September 2015 yang lalu. Program kerjasama Pusat Internet Linggi bersama dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cahaya Ikhsan ini dijadualkan pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 hingga 12.00 tengahari..........baca seterusnya
29 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini
Program MAS Siri 2 Minggu Keempat telah diadakan pada 28 Ogos 2015. Kelas bermula dari 10 pagi dan berakhir 12 tengahari. Seramai 10 orang peserta yang hadir pada minggu ini. Pada kali ini, peserta diajar membuat 'Letter Tracing'. Letter Tracing menggunakan 'mouse' ini boleh membantu peserta di dalam mengawal koordinasi tangan mereka, di mana ianya boleh dikatakan agak sukar bagi golongan OKU ini..........baca seterusnya
22 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini
Program MAS Siri 2 diteruskan lagi bagi minggu yang ketiga pada hari Jumaat, 21 Ogos 2015. Kelas bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan dihadiri oleh seramai 10 orang peserta.........baca seterusnya
16 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 15 Ogos yang lalu, Pusat Internet Linggi telah mengadakan satu majlis sambutan sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Raya bertempat di PI Linggi ini sendiri. Majlis yang diberi nama 'Merdeka Raya' itu telah disambut dengan begitu meriah sekali bersama kira-kira 50 orang ahli PI yang terpilih di kalangan ahli-ahli yang paling aktif. .........baca seterusnya
15 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini
Program MAS Siri 2 diteruskan lagi bagi minggu yang kedua pada hari Jumaat, 14 Ogos 2015. Jika pada minggu lepas pelajar yang terdiri daripada golongan istimewa ini belajar tentang abjad, kali ini mereka belajar tentang nombor dan kiraan mudah pula.........baca seterusnya
12 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet Linggi sekali lagi bekerjasama dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di dalam DUN Linggi bagi menjayakan Program 'MAS' bagi Siri ke-2 untuk tahun ini. Program ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat di dalam bulan Ogos bagi 4 minggu berturut-turut. Selama 2 jam diperuntukkan setiap minggu, dari jam 10.00 pagi hingga ke 12.00 tengahari. Dua PDK yang terlibat ialah PDK Cahaya Ikhsan Pengkalan Durian dan PDK Cahaya Murni Pasir Panjang. .. ....baca seterusnya
28 Julai 2015 | Aktiviti Terkini
Seperti yang dirancangkan dan pernah diadakan sebelum ini, Kelas Tambahan UPSR bagi Pelajar Darjah 6 Tahun 2015 diteruskan lagi di Pusat Internet Linggi. Program kerjasama antara Pusat Internet Linggi dan Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Linggi (SKK SKL) diadakan untuk membantu para pelajar membuat ulangkaji dan membuat latihan secara online... ....baca seterusnya
27 Julai 2015 | Aktiviti Terkini
Kelas Asas Adobe Photoshop untuk Usahawan Muda telah dijalankan di Pusat Internet Linggi pada 26 Julai 2015. Ianya terbuka hanya untuk 5 orang peserta sahaja yakni dari golongan pelajar sekolah yang berminat untuk belajar tentang asas di dalam menggunakan Photoshop. Selain tujuan itu, kelas ini juga diadakan untuk memupuk semangat keusahawanan di dalam diri peserta, di mana peserta boleh menggunakan kemahiran menyunting gambar untuk mencari duit poket. .. ....baca seterusnya
29 Jun 2015 | Aktiviti Terkini
Sempena bulan Ramadhan yang disambut oleh umat Islam, Pusat Internet Linggi telah menganjurkan satu Pertandingan Tulisan Khat bagi mengimarahkan lagi bulan yang mulia ini. Pertandingan ini hanya terbuka kepada peserta dari golongan pelajar sekolah rendah sahaja. Ianya berlansung pada 28 haribulan Jun 2015 bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Linggi. Masa pertandingan adalah dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 8 orang peserta yang hadir untuk menyertai pertandingan ini... ....baca seterusnya
28 Jun 2015 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet Linggi telah berkerjasama dengan Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Linggi (SKK SKL) dalam mengadakan kelas tambahan bagi calon-calon UPSR 2015 di sekolah tersebut. Kelas tambahan ini telah mula diadakan pada 27 Jun 2015 dan dijangka akan diteruskan hingga ke minggu-minggu akan datang sehinggalah ke minggu terakhir sebelum peperiksaan. Ianya di rancang untuk diadakan pada waktu petang selepas waktu persekolahan iaitu dari jam 3.00 – 5.00 petang.. ....baca seterusnya
28 Jun 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 27 Jun 2015 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Linggi telah mengadakan satu bengkel keusahawanan bersama dengan Persatuan Wanita KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) Cawangan Pekan Linggi. Tenaga pengajar yang didatangkan khas dari KEMAS iaitu Puan Zaleha Binti Jalil telah mengajar peserta tentang teknik asas membuat jahitan manik yang sesuai untuk dijadikan hiasan pada baju, bantal dan sebagainya. ....baca seterusnya
14 Jun 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 13 Jun 2015, Pusat Internet Linggi sekali lagi telah mengadakan Program Anak JKKK Linggi di Bilik Latihan Pusat Internet Linggi. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan anak-anak yatim / miskin yang ada di dalam kawasan JKK Linggi dan memberi peluang kepada mereka untuk belajar komputer dan memanfaatkan kemudahan yang dibangunkan di dalam kampung ini secara amnya, serta di dalam PI khususnya....baca seterusnya
13 Jun 2015 | Aktiviti Terkini
Sempena Cuti Persekolahan Penggal Kedua yang lalu, Pusat Internet telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik dengan tujuan untuk membantu mengisi masa lapang pelajar-pelajar sekolah dengan perkara yang menarik dan berfaedah....baca seterusnya
25 Mei 2015 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet dengan kerjasama dari JKKK Kampung Linggi Bahagian Biro Pendidikan telah mengadakan Program Celik IT bersama Anak-anak JKKK Linggi pada 23 dan 24 Mei 2015....baca seterusnya
10 Mei 2015| Aktiviti Terkini
Program di Pusat Internet Linggi bagi bulan Mei 2015 dimulakan dengan kelas yang pertama iaitu 'Membuat Kad Hari Guru & Klik Dengan Bijak – Facebook Troll & Scam'. Kelas ini diadakan pada hari Sabtu, 9 Mei 2015. Ianya berlansung selama 2 jam dan dihadiri oleh seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah.......baca seterusnya
25 April 2015| Aktiviti Terkini
Program bersama pelajar-pelajar PDK di dalam DUN Linggi yang telah diadakan setiap hari Jumaat selama 4 minggu berturut-turut akhirnya sudah sampai ke penghujung. Dua buah PDK yang terlibat iaitu PDK Cahaya Ikhsan Linggi dan PDK Cahaya Murni Pasir Panjang telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan Program MAS (Masih Ada Sayang) ini........baca seterusnya
20 April 2015| Aktiviti Terkini
Ahad minggu ketiga di bulan April, Pusat Internet Linggi telah mengadakan 'Kelas Powtoon' untuk pelajar sekolah menengah. Powtoon adalah satu perisian yang membolehkan pengguna untuk membuat slaid persembahan animasi dan video pendek. Ianya mudah dikendalikan dan amat sesuai digunakan oleh pelajar sekolah mahu pun dewasa yang bekerja........baca seterusnya
12 April 2015 | Aktiviti Terkini
Pada hari Sabtu 11 April 2015, Pusat Internet Linggi telah mengadakan Kelas Usahawan – Membuat Risalah Perniagaan. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengajar usahawan tentang ICT agar dapat mereka gunakan untuk membangunkan perniagaan mereka masing-masing........baca seterusnya
16 Mac 2015 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet Malaysia Linggi telah mengadakan satu kursus yang dipanggil 'Refresher Course – Cyberkids Entrepreneurship Programme. Beberapa orang bekas peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan yang pernah mengikuti program Cyberkids Entrepreneurship yang telah dijalankan di PI Linggi bulan November tahun lalu, dijemput untuk menghadiri program selama 2 hari ini dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. ....baca seterusnya
3 Mac 2015| Aktiviti Terkini
Kursus Asas Penerbitan Video oleh The R&D Studio – telah dijalankan di Pusat Internet Linggi pada 2 Mac 2015 bersamaan dengan hari Isnin. Kursus ini berlansung selama 6 jam bermula dari pukul 12.00 tengahari sehingga 6.00 petang....baca seterusnya
15 Februari 2015| Aktiviti Terkini
Pusat Internet Linggi telah menganjurkan Kelas Photo Editor pada 14 Februari 2015 yang lalu bertempat di Bilik Latihan PI Linggi. Kelas ini bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari...baca seterusnya
26 Januari 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 25 Januari 2015, sempena sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1436H/2015M, umat Islam di sekitar DUN Linggi telah menyemarakkan lagi sambutan ini dengan perarakan dan berselawat bagi mengingati pengorbanan dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan agama Islam....baca seterusnya
16 Januari 2015 | Aktiviti Terkini
Satu program keusahawanan telah dijalankan di PI Linggi pada tarikh 15 Januari 2015. Program ini yang mengajar usahawan untuk membina blog perniagaan mereka sendiri telah berlansung selama 3 jam dari pukul 3.00 sehingga 6.00 petang....baca seterusnya
12 Januari 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 10 & 11 January 2015, Pusat Internet Linggi telah mengadakan 'Program AnakYatim Celik IT' bersama anak-anak yatim Telok Kemang. Anak-anak ini telah dijemput untuk datang ke PI Linggi sebagai salah satu tanggungjawab sosial antara PI dan masyarakat, mempekenalkan PI serta memberi pendedahan ICT kepada mereka...baca seterusnya