Kelas eLearning @ Abcya.Com

1 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

31 Disember 2022 – Pusat Internet Linggi telah mengadakan Kelas eLearning Abcya.com yang bertempat di ruang legar Pusat Ekonomi Digital Linggi. Seramai 2 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah menyertai kelas. Kelas ini bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 3.30 petang.

Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dalam pembelajaran digital menggunakan aplikasi abcya.com kerana ianya berbentuk permainan yang boleh menarik minat di kalangan pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah pemilihan permainan pembelajaran yang sesuai, permainan mengeja menggunakan huruf-huruf yang diberikan dan permainan matematik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali