Personal Class Izwan – Kelas Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM

5 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

4 Oktober 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan kelas personal bersama peserta bernama Izwan. Kelas tersebut adalah Kelas Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM. Kelas telah bermula pada pukul 4.00 petang. Peserta adalah seorang pesara yang telah lama meninggalkan penggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan Internet untuk membuat permohonan atas talian seperti permohonan kemasukan ke MRSM.

Petugas PEDi Linggi telah memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana untuk membuat carian permohonan ke MRSM di Internet dan juga cara mengisi borang permohonan secara atas talian dengan betul supaya tiada kesalahan untuk menghantar. Kelas telah berakhir pada pukul 5.00 petang selama 1 jam. Terima kasih kerana memberi kepercayaan petugas PEDi untuk mengajar kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali