Booth Pameran Klik Dengan Bijak di Program Sehari Bersama Masyarakat DUN Bagan Pinang

8 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

7 Februari 2024 – Pada 3 Februari 2024, hari Sabtu PEDi Linggi telah terlibat dengan mengadakan booth Klik Dengan Bijak (KDB) di Program Bersama Masyarakat DUN Bagan Pinang bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bersama komuniti yang berkunjung ke booth KDB ini antaranya menyampaikan maklumat kesedaran penggunaan Internet dengan selamat, mengedarkan risalah KDB serta permainan interaktif.

Program ini telah dihadiri sekitar 600 komuniti setempat dan yang turut menjayakan booth ini adalah pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan serta PEDi Kluster Port Dickson yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali