Kelas EduGames di Abcya.com

21 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

20 Mei 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan Kelas EduGames Abcya.com dan dihadiri oleh 2 orang peserta berumur 6 & 7 tahun. Abcya.com adalah laman web yang menyediakan permainan dan aktiviti pendidikan untuk kanak-kanak sekolah. Permainan di laman web disusun mengikut peringkat kelas dari pra-tadika hingga ke darjah enam dan mengikut kategori subjek serta huruf dan nombor.

Kelas ini diajar oleh Puan Norhapidah binti Mokhtar yang memberi penekanan bahawa komputer atau telefon bukan sekadar digunakan untuk bermainan permainan sahaja tetapi boleh juga digunakan untuk belajar terutama melalui EduGames dengan cara yang menarik dan menyeronokkan. Peserta diajar untuk memilih Latihan dan aktiviti yang bersesuaian dengan kelas dan umur mereka dan kemudian belajar mengenal huruf, membaca dan mengira. Kelas berlansung selama 2 jam iaitu dari 11 pagi hingga ke 1 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali