Misi Digital Raya bersama eKelas - Misi 1

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

11 Mei 2019 – Bersempena dengan Bulan Ramadhan dan minggu peperiksaan di sekolah-sekolah, Live Tutorial eKelas pada minggu kedua bulan Mei telah ditangguhkan buat sementara waktu. Namun begitu, Maxis eKelas telah mengadakan satu aktiviti iaitu Misi Digital Raya Bersama eKelas. Taklimat bagi misi ini disampaikan secara lansung (Live Video) bersama dengan cikgu eKelas pada Hari Sabtu dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Misi Digital Raya bersama eKelas ini akan diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada 11 Mei dan 18 Mei 2019. Kehadiran bagi Taklimat Misi 1 pada minggu ini adalah seramai 14 orang. Misi 1 : Reka hiasan bertemakan Hari Raya bagi Pusat Ekonomi Digital anda.

Pelajar dikehendaki membentuk 1 kumpulan yang mengandungi 4-5 orang pelajar dan melukis di atas kertas mahjong berdasarkan kreativiti masing-masing dan memuatnaik hasil kerja mereka ke dalam portal ekelas. Markah akan diberi berdasarkan kreativiti. Hadiah yang menarik menanti pemenang dan keputusan akan diumumkan pada 1 Jun 2019

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali