Personal Class Shafyfy – Pendaftaran SSM

5 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

4 Mac 2024 – NADi Linggi telah mengadakan personal class untuk Shafyfy mengenai cara membuat pendaftaran perniagaan di SSM EzBiz Online. Peserta adalah merupakan usahawan yang berumur 23 tahun dan baru ingin membina perniagaannya sendiri.

Peserta diperkenalkan dengan portal EZBiz SSM online dan diajar cara membuat pendaftaran sign in untuk tujuan log masuk seterusnya mencipta username dan password. Ketika ini, peserta diterangkan dengan kepentingan mencipta kata laluan yang selamat dan cara menyimpan maklumat tersebut agar tidak dicuri.

Seterusnya beliau diajar mengenai tab-tab yang terdapat di dalam portal tersebut, dan tab yang mana perlu digunakan untuk membuat pendaftaran. Pengurus NaDi selaku tenaga pengajar turut mengajar dan berkongsi tips cara memilih nama perniagaan yang sesuai.

Setelah selesai membuat pembayaran, peserta dimaklumkan dengan tempoh menunggu untuk pemeriksaan dan juga panggilan video yang akan diterima dari pegawai SSM bagi urusan pengesahan.

Akhir sekali beliau diajar cara memuat turun dokumen setelah permohonan berjaya nanti.

Kelas ini berlansung selama 1 jam bermula dari 10 pagi hingga ke 11 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali