Kelas Persendirian Rabiyah Binti Mahadi

27 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

26 Ogos 2020 – Usahawan aktif di Linggi yang menjalankan perniagaan jual beli tanah dan rumah serta penginapan homestay iaitu Puan Rabiyah Mahadi sering datang ke PI Linggi untuk belajar mengenai ICT terutamanya pengiklanan di internet. Kali ini beliau datang untuk belajar cara pengiklanan di mudah.my bagi mengiklankan rumah yang ingin dijualnya. Beliau diajar oleh Penolong Pengurus PI Linggi iaitu Puan Norhapidah Mokhtar selama 2 jam iaitu dari jam 3.00 hingga 5.00 petang.

Antara yang dipelajari oleh Puan Rabiyah ialah cara untuk login sebagai ahli proniaga menggunakan email yang tepat dan password yg kukuh. Membeli kredit proniaga secara online banking, penggunaan jumlah kredit bergantung kepada pakej pengiklanan yang disediakan, sentiasa memastikan jumlah kredit adalah mencukupi dan tidak tamat tempoh sebelum meletakkan iklan. Memasukkan gambar-gambar iklan dengan memilih gambar-gambar yang sesuai untuk menarik pelanggan. Cara memuatnaik gambar ke laman mudah.my. Cara menulis iklan jualan dengan menggunakan teknik menulis iklan yang betul bagi menarik minat pembeli.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali