Pendaftaran Tahun 1 Online

7 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

6 Mei 2024 – Pengurus NADI Linggi telah mengajar Puan Rohani yang ingin mendaftarkan anaknya ke Tahun 1 bagi sesi 2025-2026.

Memandangkan Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggunakan laman akses yang baru iaitu https://idme.moe.gov.my/login , ramai ibu bapa yang masih tidak mahir dengan cara-cara membuat akaun pengguna dan mengisi borang permohonan yang terdapat di laman web tersebut.

Antara yang telah diajar kepada Puan Rohani ialah, cara membuat pendaftaran login id dan mencipta password yang sesuai dan selamat, membuat pengesahan verifikasi di email, cara memasukkan maklumat diri dalam profil pengguna dan mengisi semua maklumat yang diperlukan, Cara mengatasi kesukaran memasukkan data, cara mengenal pasti tarikh vaksin anak melalui buku rawatan dan seterusnya mengisi ke dalam laman web. Kelasini telah berlansung selama 2 jam iaitu dari 9.30 pagi dan selesai pada jam 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali