Kelas STEM Eksperimen Catapult

1 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

31 Julai 2023 – Pada jam 5 petang hingga 6 petang di PEDi Linggi telah diadakan kelas STEM Eksperimen Catapult, dihadiri oleh 2 orang peserta berumur 6 dan 7 tahun. Kelas ini diajar oleh Pengurus PEDI Linggi iaitu Puan Norhapidah binti Mokhtar. Antara kebaikan yang dapat diperolehi oleh peserta melalui kelas ini ialah, peserta dapat mempelajari asas teknologi dan kejuruteraan dalam membina catapult.

Eksperimen ini juga dianggap meyeronokkan kerana peserta berupaya untuk mencipta permainan yang boleh dibuat sendiri, melatih kreativiti dan keazaman peserta dalam menghasilkan permainan yang berfungsi. Dengan ini, perhatian kanak-kanak dapat dialih kan sebentar daripada permainan smartfon. Kelas ini juga dapat menanamkan minat pembelajaran STEM di dalam diri peserta selaras dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia dan KPM.

Kelas dimulai dengan memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan, seterusnya membuat demonstrasi sambil menerangkan cara binaan yang betul agar Catapult nya dapat berfungsi dengan betul dan melantunkan bebola kertas dengan jauh. Peserta dibimbing untuk membuat sendiri catapult masing-masing untuk merasai keseronokan proses pembuatannya. Di akhir kelas, setiap catapult yang dihasilkan dinilai melalui keberhasilan catapult melontarkan peluru lebih jauh dan menerangkan kepada peserta bahawa sebab-sebab teknikal mengapa ianya berhasil atau tidak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali