Kelas Adobe Photoshop – Fungsi-fungsi Tools

1 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

31 Disember 2022 – Pusat Internet Linggi telah dikunjungi oleh Puan Siti Haida bt A. Aziz untuk mempelajari perisian Adobe Photoshop yang bertempat di Pusat Ekonomi Digital Linggi. Kelas ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tgh hari.

Kelas ini bertujuan untuk memberikan tutorial mengenai fungsi-fungsi “Tools” di dalam perisian Adobe Photoshop. Rekaan telah disiapkan oleh Puan Siti Haida tetapi beliau ingin mempelajari dengan lebih dalam mengenai fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam perisian ini.

Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah cara memasukkan gambar ke dalam aplikasi Adobe Photoshop, penerangan mengenai fokus objek, cara menggunakan “Clone Stamp”, cara menggunakan “Brightness”, cara menggunakan “Level”, cara menggunakan “Curve”, cara menggunakan “Exposure” dan cara menggunakan “Shadow / Highlight”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali