Kelas Ms Word Tips and Tricks dan Advokasi Online Grooming

18 April 2021 | Aktiviti Terkini

17 April 2021–Seramai 2 orang peserta telah hadir terdiri dari pelajar sekolah menengah untuk belajar mengenai trik dan tips Papan Kekunci Pendek (Keyboard Shortcut) dalam penggunaan aplikasi Microsoft Word. Antara kebaikan kelas tutorial ini ialah ianya dapat mempercepatkan pengguna aplikasi Microsoft Word menyiapkan tugasan mereka.

Antara yang telah diajar ialah Teknik “Copy & Paste”, “Delete Entire Word”, membuang Format Text yang tidak perlu dan Teknik mudah untuk memasukkan gambar.

Peserta juga diberikan taklimat advokasi tentang Online Grooming di mana terdapat ancaman yang berbahagia jika mereka tidak berhati-hati dan cara menggunakan internet dengan berhemah. Kelas selama 2 jam ini bermula dari 12.00 tengah hari hingga jam 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali