Personal Class Abdullah – Pembaharuan Lesen SSM

29 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

28 Oktober 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan kelas personal untuk peserta yang bernama Muhammad bin Abdullah bagi pembaharuan lesen SSM yang telah pun luput. Sebelum ini peserta hanya berurusan di kaunter pejabat SSM yang berdekatan dan setelah mempelajari cara memperbaharui lesen SSM secara online, ia dapat memudahkan urusan peserta dan juga menjimatkan masa.

Peserta diperkenalkan dengan laman web ezbiz.online iaitu laman web khas SSM untuk segala urusan berkenaan lesen SSM. Kelas telah bermula pada pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang selama 2 jam. Terima kasih kerana berurusan di PEDi Linggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali