Personal Class Aryan - Belajar membuat permohonan UPU online

23 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

22 Jun 2022 – Memandangkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru saja diumumkan pada 16 Jun 2022 yang lalu, maka sudah pastinya ramai pelajar yang ingin memohon untuk menyambung pelajaran ke institusi yang lebih tinggi seperti kolej ataupun university. Oleh itu seorang pelajar iaitu Aryan Darnies Shah bin Ahmad Sulhan telah hadir ke PEDi Linggi untuk mendapatkan bantuan tunjuk ajar tentang cara embuat permohonan secara online.

Aryan telah diajar oleh Penolong Pengurus PEDi Linggi tentang cara membuat permohonan melalui laman web https://online.mohe.gov.my/ . Beliau diajar cara mendaftarkan profil seperti memasukkan maklumat diri, keputusan peperiksaan SPM dan mencari kursus yang ditawarkan oleh pelbagai institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti, Kolej Komuniti, Politeknik, ILP dan sebagainya. Melaluinya juga, pelajar dapat melihat apakah peluang kerjaya yang bakal diperolehi sekiranya pelajar memilih bidang-bidang yang bakal mereka pilih.

Setelah siap permohonan, Aryan diajar cara menghantar permohonan, memuat turun borang dan seterusnya mencetak permohonan tersebut. Beliau dinasihati untuk menyimpan rekod tersebut sebagai rujukan pada masa akan datang. Sesi ini berlansung selama satu setengah jam dan tamat pada pukul 6.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali