Personal Class Devi – MyeTapp dan Surat Akuan Sumpah

16 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

15 Disember 2023 – Puan Devi a/p Sooriyah hadir sekali lagi untuk melengkapkan permohonan pengurusan harta pusaka di portal MyeTapp melalui link https://www.myetapp.gov.my/ Ini adalah sesi ketiga beliau belajar MyeTapp setelah sesi pertama pada 23 Oktober dan sesi kedua pada 4 Disember 2023 yang lalu.

Selain itu Puan Devi turut ingin belajar cara membuat Surat Akaun Sumpah memandangkan emaknya sebagai pemilik harta mempunyai dua nama. Beliau memerlukan surat ini untuk membuat pengesahan kedua-dua nama adalah benar. Pengurus PEDi sebagai tenaga pengajar telah mengajar beliau cara membuat surat tersebut menggunakan Microsoft Word dan mengikut format surat sumpah yang betul. Kelas yang berlansung selama 1 jam ini tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali