Personal Class Aniq - Keusahawanan

10 September 2024 | Aktiviti Terkini

9 September 2024 – Usahawan Muhammad Aniq Naqiuddin telah hadir untuk belajar beberapa perkara berkenaan keusahawanan iaitu Cara Memperbaharui Lesen Perniagaan SSM, Menguruskan Halaman Facebook Perniagaan dan Khidmat Nasihat Reka cipta logo produk.

Lesen perniagaan beliau telah mati kira-kira 4 bulan yang lepas. Beliau diberikan khidmat nasihat tentang kelebihan dan kekurangan antara memperbaharui lesen & membayar kompaun ataupun mendaftar perniagaan yang baharu. Setelah membuat keputusan untuk memperbaharui lesen, beliau diajar cara-cara memperbaharui lesen, membuat pembayaran online dan cara mencari dokumen yang perlu dimuat turun dan seterusnya dicetak.

Seterusnya beliau diajar cara menguruskan Halaman Facebook perniagaannya seperti cara memadamkan halaman lama yang tidak aktif dan mencipta halaman baru.

Pengurus NADI Linggi juga turut memberikan khidmat nasihat tentang reka cipta logo produk, cara pemilihan, di mana hendak ditempah pembungkusan produk dan sebagainya.

Kelas ini bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali