Personal Class Nadira Syafyfy – Pendaftaran Persekolahan Tahun 1

13 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

12 Mei 2023 – Nadira Shafyfy hadir bersama suaminya untuk belajar cara membuat Pendaftaran Persekolahan Tahun 1 Sesi 2024 bagi anak sulungnya. Memandangkan tahun ini adalah tahun pertama di mana Kementerian Pelajaran Malaysia membuka Pendaftaran Tahun 1 di laman web baharu KPM iaitu di link idme.moe.gov.my, maka terdapat beberapa kesukaran untuk membuat pendaftaran memandangkan laman web tersebut masih tidak berapa stabil. Selain daripada itu, maklumat yang perlu diisi adalah lebih banyak.

Nadira Shafyfy telah membuat temujanji beberapa hari sebelum sesi Personal Class ini maka beliau dinasihatkan untuk membawa segala dokumen yang diperlukan agar proses pendaftaran berjalan dengan lebih lancar. Kemudian beliau telah diajar cara membuat pendaftaran User ID, mengaktifkan pendaftaran di email, memberi sedikit advokasi mengenai Keselamatan Kata Laluan dan cara memilih kata laluan yang baik. Setelah itu, mengisi segala maklumat yang diperlukan dan menghantar permohonan, memuat turun borang dan mencetak. Sesi pembelajaran berlansung selama 2 jam iaitu bermula dari 10 pagi hingga 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali