Kelas Jom Berniaga di Shopee_Fyfy

1 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

31 Julai 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan kelas personal Jom Berniaga di Shopee kepada seorang peserta yang Bernama Nadira Shafyfy untuk mengajak lebih ramai peserta menceburi bidang perniagaan digital terutamanya di platform Shopee. Petugas PEDi membimbing peserta untuk memulakan perniagaan di dalam platform Shopee.

Peserta dikongsi dengan cara mendaftar Akaun Shopee Seller khas untuk menjual di Shopee, mengajar cara untuk mengemaskini kedai dengan memasukkan gambar profil, gambar latar dan penerangan berkaitan dengan kedai Shopee mereka. Peserta juga diajar tentang langkah-langkah untuk memuatnaik produk perniagaan mereka. Selepas itu peserta dibimbing bagaimana cara memasarkan produk mereka dengan menggunakan pemasaran yang ada di dalam Shopee. Di akhir kelas, pesertaturut diajar cara penghantaran dan pembungkusan barang setelah mendapat jualan dari pelanggan. Kelas ini diadakan selama 1 jam sahaja bermula dari 11 pagi hingga ke 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali