Taklimat Advokasi Keselamatan Internet

24 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

23 Julai 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan satu taklimat advokasi bertajuk ‘Keselamatan Internet’ di PEDi Linggi dan dihadiri oleh 4 orang peserta yang bersekolah rendah. Taklimat dijalankan selama 1 jam bermula dari 2.30 petang hingga 3.30 petang. Taklimat ini disampaikan oleh Penolong Pengurus.

Antara topik-topik yang disentuh ialah jangan berkongsi maklumat peribadi, pertukaran maklumat di email atau media sosial, membuka email yang dari sumber tidak diketahui dan apakah tindakan sekiranya menerima komen jahat di dalam talian. Taklimat disudahi dengan aktiviti kuiz menggunakan aplikasi Kahoot bagi menguji kefahaman peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali