Kelas Kemahiran Komunikasi Untuk Karangan Pendek Hari Kemerdekaan

17 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

16 Ogos 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan kelas Softsklill untuk 3 orang peserta kanak-kanak iaitu kelas Kemahiran Komunikasi Untuk Karangan Pendek Hari Kemerdekaan yang bertajuk ‘Usaha Memupuk Semangat Perpaduan. Kelas ini adalah sambungan dari Kelas ICT yang mereka hadiri dengan membuat karangan pendek dan mereka membuat penyampaian dengan membaca karangan pendek mereka dengan penuh keyakinan.

Di sini, mereka dapat menanam keyakinan diri peserta dengan berucap di depan peserta yang lain bagi mereka menyampaikan pengenalan diri dan cita-cita mereka. Peserta dapat mempelajari cara berkomunikasi di depan peserta yang lain dan kemampuan memimpin untuk melatih mereka menjadi seorang ‘leadership’. Kelas ini telah bermula pada pukul 3 petang hingga 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali