Rekaan Sampul Duit Raya Adobe Illustrator

10 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

9 Mei 2021 – Satu kelas khas telah diadakan di PIK Linggi iaitu Kelas Rekaan Sampul Duit Raya menggunakan perisian Adobe Illustrator. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta asas rekaan grafik digital, mengkhususkan kepada pelajar-pelajar sekolah.

Peserta diajar cara-cara penggunaan “tools” di dalam perisian tersebut seperti Font dan Typhografi, vektor, Image Trace dan Polygonal Lasso Tool.

Selain itu, peserta juga diajar cara-cara muat-turun vektor secara percuma dimana ianya sangat penting untuk mendapatkan idea mengenai rekaan grafik.

Setelah siap, rekaan tersebut dicetak dan diberikan kepada peserta untuk dikirimkan kepada sesiapa yang mereka tujukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali