Program MAS Siri Pertama Minggu Pertama bersama Pelajar PDK Cahaya Ikhsan
4 April 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 3 April 2015, Pusat Ekonomi Digital Linggi telah menjemput beberapa orang pelajar dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cahaya Ikhsan Linggi untuk menghadiri Program MAS Siri Pertama. Program ini akan diadakan setiap minggu pada hari Jumaat bermula 10.00 pagi hingga pukul 1.00 tengahari.Program yang akan berlansung selama 4 minggu berturut-turut di dalam bulan April ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan Orang Kurang Upaya agar mereka dapat merasai nikmat kemajuan ICT dan kemudahan jalur lebar yang terdapat di PI. Kelas Selama 3 jam ini dimulakan pada pukul 10.00 pagi di mana sesi pertamanya adalah pengenalan kepada Asas Komputer. Peserta diajar untuk mengenali komponen komputer dan cara menggunakannya. Setelah itu, dengan menggunakan Microsoft Word mereka diajar menggunakan papan kekunci (keyboard) dan cara menaip dengan betul. Buat permulaan, mereka diajar untuk menaip abjad sahaja agar lebih mudah untuk mereka mengikuti. Sesi berikutnya pula ialah belajar membuat kreativiti mewarna topeng muka dengan menggunakan Microsoft Paint dan Tayangan Video mengenai 'Panduan Amalan Berhemah'. Antara tujuan lain bagi program ini ialah sebagai satu galakan kepada mereka untuk datang ke PI memandangkan PI mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya laluan sesuai untuk kerusi roda dan meja komputer khas untuk OKU. Nantikan laporan kami pada minggu depan bagi siri kedua bersama PDK Cahaya Murni pula.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: