Advokasi Online Grooming

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

5 Oktober 2019 – Memandangkan tuisyen ekelas bagi Tingkatan 3 dikecualikan pada minggu ini, maka Penolong Pengurus Pi Linggi mengambil peluang ini untuk menggunakan masa yang ada bagi menyampaikan taklimat advokasi bertajuk ‘Online Grooming’. Taklimat diadakan selama 1 jam dan memberi penerangan kepada peserta yang hadir seramai 9 orang tentang bagaimana proses online grooming diadakan dan bahaya yang akan terjadi sekiranya mereka terjebak didalamnya.

Selain itu, peserta turut ditayangkan dengan video ‘Kayleighs Love Story’ iaitu kisah benar mengenai mangsa yang ditipu dan dibunuh oleh kenalan internet nya, video Cyber Grooming dan video contoh perbualan (chatting) bagaimana taktik pemangsa menarik perhatian mangsa untuk berbual di internet. Diharap dengan taklimat dan kempen kesedaran yang diadakan oleh PI Linggi ini, dapat membantu orang ramai dari terjebak dalam perkara-perkara yang tidak diingini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali