Personal Class Ahmad Shahrir : Surat Rasmi dan Invois

5 September 2019 | Aktiviti Terkini

4 September 2020 – Personal Class diadakan selama 2 jam untuk Encik Ahmad Shahrir bin Mustafa yang ingin mempelajari cara membuat surat rasmi dan invois bagi urusan pentadbiran perniagaan yang baru beliau tubuhkan iaitu Perniagaan Tinted Rumah. Pengetahuan ini penting untuk beliau menguruskan hal-hal rasmi syarikat beliau nanti.

Sebagai permulaan, beliau diajar oleh Puan Norhapidah mengenai fungsi pada papan kekunci dan cara menaip di Microsoft Word. Setelah itu, beliau diterangkan mengenai format yang tepat dalam menulis surat rasmi dan penggunaan underline, bold dan capslock dengan betul. Seterusnya beliau diajar cara untuk membuat invois dan cara mencari pelbagai bentuk templat invois yang mudah didapati di internet melalui carian google.

Selain itu, templat invois boleh didapati di dalam Ms Word sendiri. Ianya sudah siap diformat dengan struktur dan susun atur tertentu dan sedia dipih mengikut citarasa yang dikehendaki. Setelah memilih templat yang dirasakan sesuai, Encik Shahrir diajar cara mengubah templat mengikut kesesuaian, memasukkan data, menambah logo dan menyimpan fail.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali