Program Pembelajaran Aplikasi Canva & Advokasi Bersama Pelajar SK Linggi

26 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

25 Oktober 2023 – PEDi Linggi telah dijemput untuk menjadi tenaga pengajar bagi Program Pembelajaran Aplikasi Canva & Advokasi Bersama Pelajar Tahun 6 di SK Linggi. Program ini bermula pada pukul 2.00 petang. Seramai 30 orang peserta dari SK Linggi dan 4 orang guru yang menyertai program ini.

Petugas PEDi Linggi telah membimbing peserta cara yang lebih mudah, ringkas dan cantik untuk peserta membuat buku skrap mereka dengan menggunakan aplikasi Canva. Program ini tamat pada pukul 4.30 petang dan terima kasih kerana menjemput kami sebagai tenaga pengajar bagi program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali