Personal Class Aniq Naqiuddin – Pendaftaran SSM

4 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

3 Mei 2023 – Pada jam 4.00 petang, Encik Aniq Naqiuddin telah hadir ke PEDi Linggi untuk belajar cara-cara mendaftarkan perniagaan beliau di SSM. Beliau adalah usahawan muda yang berhasrat untuk membuka perniagaan menjual santan. Berumur 21 tahun, Aniq telah berjinak-jinak menjadi usahawan dan menjual pelbagai produk semenjak di zaman sekolah lagi. Selain belajar cara mendaftar perniagaan, beliau juga diberikan khidmat nasihat bagaimana cara untuk memilih nama perniagaan yang sesuai sebelum mendaftar nama perniagaan tersebut. Kelas yang berlansung selama 2 jam 15 minit tersebut diakhiri dengan sedikit penerangan mengenai peluang-peluang pembiayaan buat usahawan muda yang ditawarkan oleh kerajaan melalui SME bank memandangkan Aniq berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan membeli mesin yang memerlukan belanja yang agak besar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali