Kelas Rapid Typing

21 September 2023 | Aktiviti Terkini

20 September 2023 – PEDi Linggi telah membuat kelas iaitu Kelas Rapid Typing dan telah dihadiri oleh 3 orang peserta sekolah rendah dan menengah. Kelas telah bermula pada pukul 3.00 petang dan habis pada pukul 4.00 petang selama 1 jam. Kelas ini dibimbing oleh Penolong Pengurus PEDi Linggi.

Memandangkan mereka masih kekok dan tidak mahir lagi untuk menaip dengan pantas, mereka telah diperkenalkan aplikasi Rapid Typing untuk mereka mempelajari cara untuk menaip dengan pantas. Dari situ, mereka dapat membina kecekapan dan mendalami kemahiran menaip dengan pantas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali