Cara mohon Bantuan MAINS _Siti Nahzahriah

16 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

15 Mac 2024 – Peserta Bernama Siti Nahzahriah Ismail merupakan ibu tunggal yang bekerja sebagai penjual nasi lemak. Beliau menghadapi kesukaran untuk menyara persekolahan 3 orang anaknya. Beliau datang ke NaDi Linggi untuk meminta tunjuk ajar tentang cara membuat permohonan Bantuan Am Persekolahan daripada MAINS secara online.

Pengurus NaDi Linggi telah mengajar beliau cara-cara membuat permohonan seperti :
1. Membuat carian laman web MAINS di google (https://www.mains.gov.my/agihan/).
2. Membuat pendaftaran login id dan mencipta password yang sesuai dan selamat.
3. Memasukkan maklumat diri dalam borang permohonan.
4. Mengimbas dan muatnaik dokumen yang diperlukan.
5. Penerangan tentang punca dokumen gagal dimuatnaik (jenis/ saiz file/ compress).
6. Menghantar permohonan yang telah siap.

Kelas ini telah berlansung selama 1 jam, bermula dari 9.00 pagi hingga ke 10.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali