Kelas E Learning WordWall dan ABCya.com

24 September 2023 | Aktiviti Terkini

23 September 2023 – Pengurus PEDi Linggi telah mengadakan Kelas E-Learning WordWall dan ABCya.com dan dihadiri oleh 1 orang peserta. Kelas ini diadakan selama 2 jam bermula dari jam 11.00 pagi hingga ke 1.00 tengahari. Kelas pada hari ini mengkhususkan mata pelajaran matematik. Laman web WordWall adalah laman web literasi yang boleh digunakan sebagai sumber pembelajaran dan juga berkongsi bahan mengajar.

Pengguna boleh menggunakan bahan yang dicipta oleh guru lain atau berkongsi bahan mengajar sendiri kepada orang lain. Di dalamnya terdapat kuiz, permainan dan banyak lagi. Sementara di lam web ABCya,com pula menyediakan permainan interaktif di dalam Bahasa Inggeris yang disediakan mengikut umur dan subjek. Kedua-dua laman web ini amat sesuai digunakan untuk pelajar membuat ulangkaji pelajaran ataupun latihan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali