Taklimat Advokasi Risiko Dalam Talian di Perpustakaan Desa Pengkalan Durian

25 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

24 Jun 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan satu taklimat advokasi bertajuk ‘Risiko Dalam Talian’ di Perpustakaan Desa Pengkalan Durian dan dihadiri oleh seramai 23 orang peserta yang berusia antara 5-12 tahun dan 2 orang dewasa. Taklimat dijalankan selama 1 jam 30 minit bermula dari 2.30 petang hingga 4.00 petang.

Taklimat ini disampaikan oleh Pengurus, Puan Norhapidah binti Mokhtar sambil dibantu oleh Penolong Pengurus Puan Siti Aqilah Md Yunus. Antara topik-topik yang disentuh ialah Overshare, Maklumat Palsu, Buli Siber, Online Grooming dan Penipuan Kewangan. Taklimat disudahi dengan aktiviti kuiz bagi menguji kefahaman peserta. Peserta yang berjaya menjawab dengan betul diberikan cenderahati berbentuk alat tulis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali