Personal Class Rabiyah – Belajar Membuat Surat Perjanjian

1 April 2023 | Aktiviti Terkini

31 Mac 2023 – Puan Rabiyah binti Mahadi merupakan seorang usahawan PEDi Linggi yang mengusahakan perniagaan Homestay dan baru menceburi bidang Ejen Hartanah. Beliau datang ke PEDi Linggi untuk belajar cara membuat surat perjanjian jual beli dan perjanjian bayaran komisyen jualan. Kedua dokumen ini amatlah penting di dalam urusan penjualan tanah dan haruslah dibuat secara rasmi dan betul agar segala urusan penjualan dan pembayaran tidak akan menimbulkan sebarang masalah pada masa hadapan. Oleh itu, Penolong Pengurus PEDi Linggi mengajar Puan Rabiyah membuat dokumen tersebut menggunakan Microsoft Word menggunakan format surat yang betul. Kelas ini telah berlansung selama 2 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali