Kelas E-Learning (Jigsaw Puzzle)

21 September 2023 | Aktiviti Terkini

20 September 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan kelas E-Learning iaitu kelas permainan Jigsaw Puzzle dalam website abcya.com. Kelas ini bermula pada pukul 4.00 petang sehingga pukul 5.30 petang dan telah dihadiri oleh 3 orang peserta kanak-kanak yang menyertai permainan ini. Di dalam website abcya.com ini, terdapat pelbagai jenis permainan atas talian yang ada untuk mereka bermain. Petugas PEDi Linggi telah memilih untuk mereka bermain permainan Jigsaw Puzzle.

Kami memilih permainan Jigsaw Puzzle untuk mereka bermain adalah untuk mereka menanam sifat keyakinan diri mereka dengan bermain permainan ini. Kejayaan mereka dalam menyempurnakan sesuatu gambar tersebut mendatangkan perasaan puas hati dan bangga terhadap diri mereka. Mereka telah menyelesaikan suai gambar di dalam website abcya.com tersebut sebanyak 10 gambar dengan betul dan pantas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali