Program Kembali ke Sekolah

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

11 Januari 2020 – Sempena sesi persekolahan 2020 yang baru dibuka awal minggu ini, PI Linggi telah mengadakan ‘Program Kembali Ke Sekolah 2020’ pada hari Sabtu 11 Januari 2020 dari jam 9.00 pagi – 1.00 petang. Tenaga pengajarnya ialah kedua-dua Pengurus dan Penolong Pengurus PI Linggi sendiri iaitu En Aiman Mudzafar (Pengurus) dan Puan Norhapidah (Penolong Pengurus). Objektif utama program ini adalah untuk membantu persediaan murid-murid untuk kembali ke sekolah, dan juga memberi sokongan motivasi kepada mereka untuk terus menuntut ilmu dalam suasana yang lebih ceria dan fokus.

Berbagai topik telah di ajar di dalam kelas ini antaranya membuat jadual waktu dan pelekat nama menggunakan perisian Microsoft Excel dan juga taklimat advokasi Maklumat Palsu. Seramai 12 orang peserta telah hadir di mana kebanyakannya adalah pelajar sekolah rendah. Peserta dilihat sangat seronok untuk belajar kerana hasil kerja mereka akan dicetak dan dibawa balik untuk kegunaan mereka sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali