Kelas Typing Test dan Pengenalan Komputer

11 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

10 Mei 2024 – NADI Linggi telah mengadakan Kelas Typing Test dan Pengenalan Komputer kepada 4 orang peserta. Mereka merupakan pelajar yang masih tidak mahir menggunakan komputer dan Internet.

Petugas NADI Linggi telah memberi pendedahan kepada peserta cara menaip dengan betul dan pantas serta mengetahui asas pengenalan komputer. Di sini, mereka diperkenalkan website typing test yang ada di Internet untuk mereka mempelajari cara untuk menaip dengan pantas serta petugas NADI Linggi memperkenalkan asas komputer kepada mereka agar mereka mengetahui cara penggunaannya seperti tetikus, papan kekunci dan sebagainya.

Terima kasih buat peserta kerana mempercayai petugas NADI Linggi untuk mengajar dan semoga ilmu yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali