Personal Class Ziela Mokhtar _Pengurusan Harta Pusaka di MyeTapp

4 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

3 Mei 2023 – Puan Normazila binti Mokhtar hadir ke PEDi Linggi bagi mendapatkan bantuan dari Pengurus PEDi mengenai cara menggunakan aplikasi MyeTapp online di laman web Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bagi membuat urusan pembahagian harta pusaka milik arwah suami beliau. Puan Normazila menghadapi kesukaran ketika mendaftar memandangkan beliau tidak mahir menggunakan komputer.

Beliau diajar cara mendaftar dengan betul, pemilihan kata laluan yang kuat dan penggunaan email serta cara mengisi maklumat yang diperlukan di dalam laman web tersebut. Selain itu, Puan Normazila turut diberikan khidmat nasihat di dalam penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan agar urusan beliau dapat diselesaikan dengan lebih mudah. Sesi bersama Puan Normazila ini berlansung kira-kira 2 jam bermula pada pukul 10.30 pagi hinggalah ke pukul 12.30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali