Program Klik Dengan Bijak - Kolej Vokasional Port Dickson

17 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

MCMC Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Klik Dengan Bijak (KDB) bagi tahun 2023 dengan berkolaborasi bersama PEDi Linggi, PEDi Kg Paya, PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kg Si Rusa dan juga bersama Forum Pengguna Malaysia (CFM) di Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang berlangsung pada 16 Februari 2023.

Taklimat Buli Siber dan Jenayah Siber telah disampaikan oleh En. Aiman dan Pn. Akmar telah dapat meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan 651 pelajar KVPD dalam penggunaan internet dan multimedia.

Para pelajar yang menyertai taklimat yang disampaikan telah diuji minda dan kefahaman melalui Kuiz MyCybergenius yang dikendalikan oleh Cik Suhaila. Antara lain aktiviti menarik KDB yang telah dijalankan adalah booth KDB, aktiviti permainan interaktif serta role play menghadapi situasi buli.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali