Kelas Aplikasi Paint 3D

6 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

5 Ogos 2023 – Kelas Aplikasi Paint 3D telah diadakan di PEDi Linggi bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi ini kepada peserta muda dalam lingkungan umur 7 tahun ke bawah. Ini bagi mengalihkan perhatian dan kebergantungan mereka pada telefon pintar. Melalui kelas ini peserta dapat menguasai cara menggunakan aplikasi ini untuk membuat aktiviti mewarna yang sesuai dengan usaha mereka.

Kelas dimulakan dengan mengajar peserta cara mencari gambar yang bersesuaian di internet dengan menggunakan kata kunci carian yang betul seperti coloring pages, free, printable dan sebagainya. Setelah itu, dengan menggunakan gambar-gambar yang dicari tadi, peserta diajar cara membuka gambar tersebut melalui aplikasi Paint 3D. Seterusnya, peserta diajar cara menggunakan tools yang ada di dalam aplikasi tersebut, cara menyimpan dan seterusnya mencetak. Kelas yang dimulai pada jam 11 pagi ini berakhir pada jam 1 tengahari dan dihadiri oleh 2 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali