NaDi Linggi_Kelas eLearning ABCYa.com

9 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

8 Mac 2024 – Satu kelas eLearning telah diadakan pada hari Jumaat yang lalu dengan dihadiri oleh 2 orang peserta cilik berumur 5 dan 8 tahun.

Antara yang diajar di dalam kelas tersebut ialah, memperkenalkan nama laman web iaitu ABCYa.com dan Wordwall.net kepada meraka, menerangkan cara mencari permainan yang bersesuaian dengan usia peserta dan seterusnya bermain sambil belajar.

Kelebihan bermain permainan interaktif ini ialah peserta dapat belajar dengan cara yang menyeronokkan dan mengasah kemahiran menggunakan komputer. Kelas ini berlansung selama 1 jam dari 3.00 hingga 4.00 petang dan diajar oleh Pengurus NaDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali