Klinik SPM #HebatDalamExam

8 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

7 Februari 2021 – Pada 6 & & Februari 2021 yang lalu, Maxis eKelas telah mengadakan satu seminar online yang bertajuk Klinik SPM #HebatDalamExam. Ianya adalah ulangkaji secara lansung melalui Zoom dan YouTube Live untuk subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains bersama cikgu-cikgu eKelas.

Ulangkaji diadakan untuk 3 subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik oleh guru-guru ekelas yang berpengalaman lebih 15 tahun dan pakar dalam membimbing pelajar SPM. Antara yang disampaikan ialah Tips menjawab soalan ramalan dan kumpul markah senang untuk Kertas 2, Bimbingan untuk topik sukar dan peserta dibenarkan untuk bertanya sehingga faham.

Selain daripada itu pelajar-pelajar ekelas ini mendapat akses kepada nota-nota padatn dan video ulangkaji #HebatDalamExam melalui portal ekelas.

Seminar yang diadakan selama 2 hari ini berlansung selama 4 jam bagi setiap subjek. Seramai 20 orang yang telah hadir untuk ketiga-tiga sesi ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali