Personal Class Aniza Phazin _ Password Recovery

9 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

8 Julai 2022 – Puan Aniza Phazin telah meng jungi PEDi Linggi untuk mendapatkan bantuan tunjuk ajar daripada staff PEDi Linggi tentang cara untuk mendapatkan semula kata laluan Facebook yang telah dilupainya. Penolong Pengurus PEDi Linggi iaitu Puan Norhapidah Binti Mokhtar telah membantu beliau mengajar cara mendapatkan semula kata luan melalui emel.

Malangnya beliau tidak menggunakan lagi emel tersebut malah kata laluan emel tersebut turut beliau lupa manakala nombor telefon yang didaftarkan juga telah tidak digunakan lagi. Setelah beberapa kali cubaan untuk mendapatkan password tersebut melalui pelbagai cara telah gagal. Penolong Pengurus telah mengajar Puan Aniza cara memohon untuk menukar kata laluan dengan menggunakan pengecaman wajah yang terdapat di dalam aplikasi Facebook tersebut. Puan Aniza turut diberikan advokasi tentang ‘Keselamatan Kata Laluan’ dengan menerangkan kepada beliau tentang cara memilih kata laluan yang selamat dan cara menyimpan kata laluan dengan betul agar tidak hilang atau lupa lagi. Sesi kelas secara personal ini berlansung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 10.30 pagi hingga ke 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali