Pendaftaran i-Akaun KWSP

15 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

14 Mei 2024 – Kerajaan telah mengumumkan penstrukturan semula Akaun KWSP dari 2 akaun kepada 3 akaun bermula 11 Mei 2024. Akaun ke-3 yang diberi nama Akaun Fleksibel membolehkan pencarum membuat pengeluaran bagi memenuhi keperluan kewangan jangka pendek.

Sehubungan dengan itu, Puan Hidayu hadir ke NADI Linggi untuk belajar cara-cara mendaftar i-Akaun dan membuat pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3 (fleksibel) sebagai amaun pemula dan seterusnya membuat permohonan pengeluaran. Pengurus NADI Linggi telah mengajar Puan Hidayu tentang cara-caranya seperti beza laman web New i-akaun dan i-Akaun Klasik, Fungsi ketiga-tiga akaun, cara pembahagian caruman setiap bulan, cara pengiraan jumlah yang boleh dipindahkan dan cara membuat pengeluaran dari mula sehinggalah selesai segala proses. Kelas persendirian ini berlansung selama 1 jam sahaja iaitu bermula dari 11.30 pagi hingga ke 12.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali