Peranan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Dalam Tempoh PKP

1 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

31 Januari 2021 – Sempena permulaan tahun dan pembukaan sesi persekolahan bagi tahun 2021, pelbagai agensi kerajaan yang memerlukan pengguna untuk mengemaskini data sama ada untuk tujuan persekolahan, bantuan kerajaan dan pelbagai urusan yang lain. Antara yang paling menjadi perhatian ialah, Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang dahulunya dikenali sebagai BSH, Kemaskini maklumat persekolahan murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), kemudahan pengeluaran KWSP iSinar dan banyak lagi.

Memandangkan negara kita masih dalam tempoh perlaksanaan PKP dan bagi mengekang penyebaran virus covid-19 ini, maka banyaklah urusan-urusan yang dilakukan secara atas talian sahaja. Jika sebelum ini kerajaan sering kali menggalakkan rakyat untuk menggunakan aplikasi dan perkhidmatan yang disediakan dalam mendidik masyarakat ke arah penggunaan teknologi seawal yang mungkin, sedikit sebanyak sepanjang tempoh PKP, rakyat mula sedar akan wujudnya pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk mereka secara dalam talian.

Dahulu, penerimaan masyarakat terhadap perkhidmatan dalam talian hanya diketahui oleh golongan muda yang celik Internet. Kini, golongan tua perlu belajar dengan yang muda akan teknologi ini, mencari informasi, dan sebagainya untuk menyelesaikan setiap urusan penting mereka. Ketika inilah Pusat Ekonomi Digital Komuniti memainkan peranan sebagai Pusat Transformasi Digital dalam mendidik dan membantu orang ramai agar semua urusan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah. Selain itu, PIK Linggi juga menjadi tempat untuk pelajar universiti yang sedang menjalani ODL (Open Distance Learning) dan menghadapi kesukaran mendapatkan capaian internet yang baik di rumah serta tempat calon-calon SPM mencari maklumat dan bahan ulangkaji sebelum peperiksaan akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali