Majlis Perasmian eKelas & “School Holiday Fun”
30 November 2016 | Aktiviti Terkini
Selasa, 29 November 2016 – Seramai 9 orang pemenang Cabaran "Hebat Dalam Exam" dari PI Linggi beserta pengurus telah menghadiri Majlis Perasmian Maxis eKelas di Menara Maxis Kuala Lumpur. Pada waktu yang sama, seramai 18 pelajar dapat menyaksikan secara streaming Majlis Perasmian tersebut melalui zoom.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Komunikasi Dan Ekosistem Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Selain itu juga, di PI Linggi telah diadakan aktiviti permainan suai kenal, melukis, mewarna, teka silang kata dan bina perkataan dari perkataan semperna cuti sekolah.
Diharap, pada tahun hadapan lebih ramai lagi pelajar yang akan menyertai Maxis eKelas ini.
Sesiapa yang berminat untuk mengikuti eKelas PI Linggi, diminta menghubungi Pengurus/Penolong Pengurus PI Linggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: