Mini Karnival MIV bersama Tabika Kemas Kg. Sirusa

25 November 2023 | Aktiviti Terkini

24 November 2023 – Pengurus PEDi Linggi merupakan salah seorang sukarelawan yang terpilih menyertai Malaysia ICT Volunteer (MIV) 2023 bagi kumpulan Kluster Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebagai sukarelawan, pelbagai aktiviti telah dan bakal diadakan sepanjang 3 bulan tugas sukarelawan ini bermula dari bulan 1 Oktober 2023 sehingga ke 31 Disember 2023 nanti.

Antara aktiviti MIV yang telah diadakan bagi bulan November ialah Mini Karnival MIV bersama Tabika Kemas Kg. Sirusa, Port Dickson. Pelbagai acara yang telah diadakan pada hari tersebut seperti; Mempromosikan fungsi & peranan PEDi, Memperkenalkan Rakan Digital & Peranan, Memberi taklimat Advokasi KDB Buli Siber & Pergantunan dalam Talian, Tayangan Video KDB, Kuiz KDB, Mewarna STEM IOT, Kelas ICT_Pengenalan kepada Perkakasan Komputer & Microsoft Word, E-Pembelajaran_Aktiviti permainan pendidikan (online). Mini Karnival ini diadakan di PEDi Sirusa dan dijalankan selama 3 jam dari pukul 9.00 pagi hingga 12 tengahari dan disertai oleh 30 orang pelajar dan 2 orang guru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali