Program Kembali Ke Sekolah 2019

5 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

4 Januari 2019 – Sempena sesi persekolahan 2019 yang baru dibuka awal minggu ini, PI Linggi telah mengadakan ‘Program Kembali Ke Sekolah 2019’ pada hari Jumaat 4 Januari 2019 dari jam 3-6 petang. Tenaga pengajarnya ialah kedua-dua Pengurus dan Penolong Pengurus PI Linggi sendiri iaitu Puan Yusaini (Pengurus) dan Puan Norhapidah (Penolong Pengurus). Berbagai topik telah di ajar di dalam kelas ini antaranya, Membuat Pelekat Nama (Excel), Tutorial Cara Membalut Buku dan Membuat & Menghias Buku Catatan (Words).

Seramai 7 orang peserta telah hadir di mana kebanyakannya adalah pelajar sekolah rendah. Peserta dilihat sangat seronok untuk belajar kerana hasil kerja mereka akan dicetak dan dibawa balik untuk kegunaan mereka sendiri. Melalui tutorial membalut buku pula, peserta diajar cara yang mudah untuk membalut buku, jadi mereka boleh melakukannya sendiri tanpa mengharapkan bantuan ibu bapa atau orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali